19 August 2012

Syawal di Perantauan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai di di Malaysia dan di mana jua anda berada. Tidak lupa jugak buat kawan2 di Adelaide ini. Aidilfitri kali ini kami sambut secara ala kadar aje... persiapan pun tak seberapa. Tak sempat nak buat macam2 memandangkan dekat2 nak raya pun still ada tempahan. Rasa tak cukup tangan dibuatnya. Apa2 pun Zie bersyukur sangat kerna diberi peluang olehNya meraikan hari yang mulia ini bersama keluarga tercinta di perantauan ini. Memang tidak dinafikan saat2 begini rindu sangat pada keluarga dan suasana hari raya di kampung. InsyaAllah tahun depan kami akan meraikan hari raya bersama keluarga tercinta di kampung. Rindu sangat pada ma huhuuuu... Maafkan Ita MA sempena hari yang mulia ini, halalkan segala makan minum Ita yer, terima kasih di atas segala2nya... Ita sayang MA.

Di hari raya kanak2 la insan yang paling gembira, termasuklah Aqil dan Amalia. mereka berdua ni tak sabar2 nak sambut hari raya. Terutamanya Amalia dah berapa kali dok ulang pakai baju kurung ni. Alhamdulillah tahun ni Amalia tak menangis nak pakai baju kurung... tak macam tahun lepas menangis2 apabila disuruh pakai baju kurung, siap kena paksa lagi... Aqil pulak... kalau ikutkan dia tak suka pakai baju warna purple, tetapi disebabkan tahun ni tema warna purple terpaksa la jugak Aqil memakainya. Hensem apa anak mama pakai baju Melayu warna purple.

Juadah pagi raya ni Zie masak ketupat dan rendang je... lagi pun lepas ni kami akan berkumpul di park so takde sapa2 yang akan datang ke rumah hari ini. Gambar di bawah tu Dr. Hafiz dan kawannya... mereka pun akan join bersama kami beraya di park.

Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir & Batin dan kami sekeluarga di Adelaide.

First day berpuase...

Tahun ni Adelaide/Australia berpuasa awal sehari dari Malaysia. Ramai kengkawan di Malaysia bertanyakan 'apakah persiapan untuk berpuasa?'. Zie rasa takde apa2 persiapan pun... just berpuasa macam tahun2 sebelum ini.

Aqil tak sabar nak berbuka... asyik tengok jam je...

Di Malaysia pun rasanya Zie takde buat apa2 persiapan kalau nak sambut Ramadhan... kalau ada pun beli stok bahan mentah dan barang dapur je. Untuk menyambut puasa kali ni Zie hanya masak sambal kering atau sira pedas ikan bilis, kacang tanah dan kentang ini je. Bukan nak makan dengan nasi pun... just nak ratah malam2 lepas berterawih.


Hari pertama berpuasa (Zie c*** sebenarnya). Di sini Zie paling liat nak bangun sahur, bukannya sayangkan tido tetapi sejuk, rasa malas sangat nak bangun. Tetapi nak taknak kena bangun jugak. Aqil pun puase sama. Amalia cakap nak puasa jugak tapi bangun je pagi terus nak makan. Hari ni Zie tak plan pun nak masak beria. Masak simple2 je... itu pun tanya apa yang Aqil nak makan. Lagi pun rasa tak selesa first day p***** ni... Maghrib tadi sambil Zie dok memakai night krim SF Beauty di muka ni... Aqil yang tengah siap2 nak sembahyang Maghrib bertanya pada Zie "mama kenapa orang perempuan boleh cuti sembahyang?". Sambil ketawa Zie cakap "perempuan ni kan istimewa... (gaya macam Kak Ros dalam cite Upin Ipin tu)". Aqil pun ketawa sama... kelakar pulak rasa. Aqil terus bertanya "maknanya mama tak puasa la macam cikgu Yasmin dalam cite Upin Ipin tu?". Zie terus jawab "mana ada mama puasa la...". Malas la nak explain panjang lebar pada Aqil... besar nanti dia tahu sendiri la. Walaupun tak puasa Zie tak makan depan dia... nanti ada pulak yang banyak soal. Malas nak menjawabnya.


Berbalik pada menu hari ni... Zie just masak nasi makan dengan kari basa fillet, kerabu ikan bilis, sambal belacan (yang memang sentiasa ada) dan kuih ketayap atau kuih gulung. Itu aje... masak simple2 aje. Itu la perbezaannya berpuasa di sini dan di Malaysia... kalau di sini lauk dan kuih sikit je... kalau di Malaysia tak payah cite la... penuh meja, nafsu membeli lebih kuat daripada nafsu makan. Dok sini memang tak membazir... masak pun cukup2 je untuk kami 4 beranak.


Amalia pun sibuk nak berbuka sama... time dekat nak berbuka mula la dia cakap dia berpuasa.
 Alhamdulillah... Ramadhan pertama sudah berlalu. Semoga amalan kami diberkatiNya.


12 August 2012

terubat rindu dengan pasar Ramadhan...


3 tahun dah kami berpuasa di perantauan, ini la kali pertama bazaar Ramadhan diadakan. Bazaar ini dianjurkan oleh Persatuan Umno South Australia. Peniaga terdiri daripada kalangan pelajar dan kebanyakannya pelajar2 undergrad. Tak sabar rasanya nak beli juadah berbuka hari ni... lega tak payah masak hari ni.
Amalia tak sabar nak makan... macam2 dia nak beli, mengalahkan orang yang berpuasa... maklumlah dah lama tak membeli makanan macam PARAM di Malaysia ni.

Pelbagai makanan dijual dan harganya pun tak la mahal sangat...

Tujuan utama Zie datang ke bazaar ni adalah untuk membeli sate Farah ni... memang sedap sate yang Farah buat. Kami sekeluarga memang suka... nak buat sendiri tak pandai. Alang2 beli biar puashati...

Aqil dan Amalia hepi hari ni dapat makan pelbagai jenis makanan... kalau tidak asyik makan masakan mama je kan...