19 August 2012

Syawal di Perantauan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai di di Malaysia dan di mana jua anda berada. Tidak lupa jugak buat kawan2 di Adelaide ini. Aidilfitri kali ini kami sambut secara ala kadar aje... persiapan pun tak seberapa. Tak sempat nak buat macam2 memandangkan dekat2 nak raya pun still ada tempahan. Rasa tak cukup tangan dibuatnya. Apa2 pun Zie bersyukur sangat kerna diberi peluang olehNya meraikan hari yang mulia ini bersama keluarga tercinta di perantauan ini. Memang tidak dinafikan saat2 begini rindu sangat pada keluarga dan suasana hari raya di kampung. InsyaAllah tahun depan kami akan meraikan hari raya bersama keluarga tercinta di kampung. Rindu sangat pada ma huhuuuu... Maafkan Ita MA sempena hari yang mulia ini, halalkan segala makan minum Ita yer, terima kasih di atas segala2nya... Ita sayang MA.

Di hari raya kanak2 la insan yang paling gembira, termasuklah Aqil dan Amalia. mereka berdua ni tak sabar2 nak sambut hari raya. Terutamanya Amalia dah berapa kali dok ulang pakai baju kurung ni. Alhamdulillah tahun ni Amalia tak menangis nak pakai baju kurung... tak macam tahun lepas menangis2 apabila disuruh pakai baju kurung, siap kena paksa lagi... Aqil pulak... kalau ikutkan dia tak suka pakai baju warna purple, tetapi disebabkan tahun ni tema warna purple terpaksa la jugak Aqil memakainya. Hensem apa anak mama pakai baju Melayu warna purple.

Juadah pagi raya ni Zie masak ketupat dan rendang je... lagi pun lepas ni kami akan berkumpul di park so takde sapa2 yang akan datang ke rumah hari ini. Gambar di bawah tu Dr. Hafiz dan kawannya... mereka pun akan join bersama kami beraya di park.

Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir & Batin dan kami sekeluarga di Adelaide.

No comments:

Post a Comment