12 August 2012

terubat rindu dengan pasar Ramadhan...


3 tahun dah kami berpuasa di perantauan, ini la kali pertama bazaar Ramadhan diadakan. Bazaar ini dianjurkan oleh Persatuan Umno South Australia. Peniaga terdiri daripada kalangan pelajar dan kebanyakannya pelajar2 undergrad. Tak sabar rasanya nak beli juadah berbuka hari ni... lega tak payah masak hari ni.
Amalia tak sabar nak makan... macam2 dia nak beli, mengalahkan orang yang berpuasa... maklumlah dah lama tak membeli makanan macam PARAM di Malaysia ni.

Pelbagai makanan dijual dan harganya pun tak la mahal sangat...

Tujuan utama Zie datang ke bazaar ni adalah untuk membeli sate Farah ni... memang sedap sate yang Farah buat. Kami sekeluarga memang suka... nak buat sendiri tak pandai. Alang2 beli biar puashati...

Aqil dan Amalia hepi hari ni dapat makan pelbagai jenis makanan... kalau tidak asyik makan masakan mama je kan...

No comments:

Post a Comment