31 December 2011

Nak bernafas pun tak sedap...

Sat
Dec 31
Sun
Jan 1
Mon
Jan 2
Tue
Jan 3
Wed
Jan 4
Thu
Jan 5
Fri
Jan 6
sunny
Sunny
sunny
Sunny
mostly sunny
Mostly sunny
late shower
Late shower
clearing shower
Clearing shower
mostly sunny
Mostly sunny
mostly sunny
Mostly sunny
Maximum 38°C 41°C 39°C 35°C 28°C 28°C 31°C
Minimum 20°C 23°C 27°C 25°C 18°C 15°C 14°C



Summer oh summer... memang terasa kehangatan mu. Mulai hari ini cuaca sangat panas iaitu 34 degree. Pagi tadi kami ke kedai2 berdekatan untuk tumpang aircond. Balik rumah Amalia terus berendam dalam kolamnya untuk sejukkan badan. Kejap kami pasang kipas... kejap pasang portable aircond supaya tak panas. Kami berkurung dalam bilik dan tutup semua tirai supaya cahaya tak dapat masuk. Cuaca panas macam ni nak bernafas pun rasa tak sedap.

Esok tak tahu la macam mana... cuaca paling panas setakat ini terpaksa kami hadapi iaitu 41 degree. Kalau ikutkan Adelaide Forecast cuaca panas berturut2 dalam masa 4 hari ini. Memang tak kuar rumah lah jawabnya. Semoga kami dapat bertahan... Tahun Baru tahun ni disambut dengan cuaca panassssssssssss...

Tumpang aircond jap...

Lepas menonton wayang kami jalan2 di kedai2 feveret yang ada kat sini... biase la apa lagi kalau bukan kedai kitchenware. Nak balik rumah takut kepanasan pulak nanti... masuk kedai kat sini at least dapat tumpang aircond kejap.

Kalau jalan2 aje mesti tak best, nak tak nak kena jugak beli sesuatu... tambah2 lagi boxing day masih ada. Alamak rupa2nya hari ini hari Sabtu... hari ini sepatutnya Zie ke GS. Baik pulak Zie sebab tak ke GS hari ni yer... hehehe... Bukan apa sebenarnya nak stop dulu buat sementara waktu ke GS. Kalau teringin nanti boleh pergi balik... lagi pun kami dah nak balik, masa yang ada ni lah jangan dipersia2kan. Balik Malaysia nanti tak jumpa dah GS ni... pasti Zie akan merindui GS.

Penat berjalan kami singgah minum coffee kejap. Sekali-sekala dapat lepak di kedai macam ni kan best... Bukan apa sebenarnya kami nak tumpang aircond sama sebab tak sanggup nak naik kereta dalam keadaan panas terik macam hari ini. Sambil minum Zie dok perhatikan gelagat orang2 OZ yang ada dalam kedai ni... seronok jugak tengok mereka ni, macam2 fesyen dan style... tak kira muda atau tua mereka tampil bergaya. Bagi pasangan yang dah berumur mereka masih romantik. Kalau bab romantik ni memang Zie tabik la... di mana2 pun Zie perhatikan walaupun pasangan itu dah tua mereka masih berpegangan tangan kalau berjalan... Kalau orang kite pun mungkin ada tapi segelintir aje... jangan kata nak tunggu tua, dah dapat anak sorang dua pun dah tak tahu ke mana romantiknya... jalan pun jauh2 aje.

Sebelum balik kami ke kedai feveret hubby... masuk tengok2 je, takde benda nak beli pun sebenarnya. Tengok Amalia tu... teringin betul dia nak guna Ipad... insyaAllah ada rezeki kite beli yer. Nak beli di sini orang kata di Malaysia lagi murah... jadi bersabar lah dulu Amalia yer, guna aje lah Ipod dulu.

Lega dapat menumpang aircond... esok dan lusa cuti sempena tahun baru, semua kedai tutup... dah lah cuaca maximum 41 degree, kat mana la kami nak tumpang aircond, jawabnya kena berkurung aje dalam rumah. Semoga kami dapat bertahan...

Mari menonton,,,

First time kami menonton wayang semenjak berada di Adelaide ni... Aqil lah yang berhajat sangat nak menonton wayang. Dah lama dia ajak tapi sekarang baru hubby berkesempatan memandangkan sekarang hubby dah free dan anak2 pun masih bercuti. Kami menonton di Norwood Parade yang agak dekat dengan rumah kami.

Aqil excited nak tengok cite 'The Adventure of Tintin'...boleh tahan jugak cite ni.

First time kami menonton wayang 3D... satu pengalaman baru buat kami semua. Orang lain memang dah selalu kot... biase la kami selalu ketinggalan. Takpa yang penting akhirnya dapat merasa jugak.

Aqil hepi akhirnya dapat datang menonton wayang... kalau di Malaysia Aqil selalu je pergi menonton wayang dengan hubby. Masa tu Amalia kecik lagi... jadi ini satu pengalaman baru buat Amalia. Jangan ada pulak yang ajak menonton tiap2 minggu sudah... dah la kalau diconvert harga tiketnya rasa banyak jugak. Sekali-sekala boleh la...

Sebesar2 popcorn hubby belikan... habis ke nak makan ni?

Sekali-sekala menonton macam ni bersama keluarga best jugak... lepas ni kite ajak papa datang tengok cite 'Alvin and the chipmunks 3' pulak yer...

29 December 2011

Boxing Day - Hari Ke4

Laaaaaaaaa... ingatkan semalam dah hari last shopping kat HS. Rupa2nya tak habis lagi... bila nak habis ni? Memang betul cakap Zie dalam entry sebelum ni kan, selagi kotena terakhir tak berlayar (shipping) selagi tu la, ada aje yang nak dibeli.

Mula2 ambik bakul aje... tengok2 terlebih had la pulak dan bakul pun tak daya ditarik. Apa lagi hubby nak beli tu? bakul dah melimpah tu?

Akhirnya terpaksa ambik troli jugak... macam2 lagi kami beli untuk memenuhkan bilik belakang. Memang terasa sungguh berboxing tahun ni... ini pun sebab kami dah nak balik, kalau tidak maunya nak beli awal2 semua barang2 ni kalau tahun depan tak balik Malaysia lagi. Lagi satu hubby tengah free sekarang ni sementara tunggu SVnya semak first draft. Boleh la layan Zie dan anak2 macam ni. Cukup lah sudah aktiviti berboxing tahun ini. Alhamdulillah semua dah dapat.

Kalau ikutkan kami shopping sikit2 aje ni... ada orang lain lebih hebat bershopping dan tak kira musim. Bagi kami time2 ada sale macam ni je lah dapat betul2 merasai nikmat bershopping. Apa2 pun Alhamdulillah rezeki yang diberikan olehNya untuk kami sekeluarga.

Boxing Day - Hari Ke3

Tak habis2 lagi berboxing... hari ni kami ke HT sekali lagi. Hari tu tak habis lagi membeli walaupun seharian dah berada di sini. Hari ni orang dah tak ramai sangat compare masa first boxing day. Rasa selesa sikit nak membeli.

Baybled lagi...


Macam biase kami kena belikan Aqil dan Amalia mainan kalau tidak mau ada yang buat hal dan nak balik cepat2 nanti. Mula lah kite nak membeli pun tak senang... lepas dapat apa yang mereka nak baru lah boleh kite shopping dengan tenang.

Tak sah kalau tak masuk kedai GT kalau ke sin... kalau dah masuk mesti ada aje yang tersangkut. Tak sabar nak guna mould ni... Amalia mesti suka.

Levi's ada sale 50 percent off... memang murah sangat. Masa kami datang hari pertama boxing day hari tu orang ramai sangat dalam butik Levi's ni, tak sanggup nak masuk dan beratur masa nak bayar. Tapi sayangnya hari ni dah tak banyak pilihan... tapi tertangkap la jugak sehelai dua. Padahal yang beli sebelum ni pun tak terpakai lagi.

First time Zie ke HT dulu memang kedai ni terus menarik minat Zie... antara sebabnya dalam kedai ni ada mixer idaman Zie, Alhamdulillah dah dapat beli. Walaupun dah beli ada aje barang2 dalam kedai ni yang Zie nak beli lagi. Ye la selagi tak habis yang ada dalam list dan selagi tak balik Malaysia mesti ada aje barang yang nak dibeli.

Hari ni macam2 barang lagi Zie beli... memang lepas ni nak kurangkan aktiviti berGS sebabnya walaupun ada barang2 sama yang dibeli di GS, nampak yang baru nak beli lagi. Pikir2 balik baik beli barang baru je terus lagi berbaloi untuk dibawak balik. Tapi boleh ke nak berhenti aktiviti berGS? hehehe...

Lepas habis bershopping di sini kami ke T3 plaza pulak... laaaaa... ingatkan dah habis, nak beli apa lagi ni?

Sebelum shopping di sini kami isi perut dulu. Semua dah kelaparan. Lega dapat makan...

Selepas makan agenda bershopping diteruskan... kami ke HS lagi. Ingatkan nak beli satu dua barang aje ... tengok2 penuh troli pulak kami angkut. Alang2 nak shopping biarlah bersungguh2 kan... harap2 ini last la kami shopping kat sini sempena boxing day ni sebabnya dah takde tempat nak letak semua barang2 ni. Bilik belakang hampir penuh dengan barang2 yang kami beli masa boxing day ni .

Sebelum balik sempat pulak singgah Myer... saje masuk sebab Zie nak tengok ada satu barang idaman kat sini, sama ada harganya murah atau tidak sempena boxing day ni, sayangnya takde sale... kena tunggu dulu la. Tengok slogan Myer dalam gambar ni bukan main lagi... takan lah sampai nak menangis kalau tak dapat beli sekarang, takde maknanya... kecuali Aqil dan Amalia yang selalu menangis kalau tak dapat beli mainan hehehe...

Suka tengok donut maker dll ni... dah ada satu cukup la... itu pun tak tahu nak guna atau tidak.

Masa ke Myer ni Zie sengaja pergi bahagia KA, just nak tengok harganya turun atau tidak. Memang tak turun pun... mahal compare dengan harga di HT. Mujurlah masa beli mixer KA di HT hari tu takde warna feveret Amalia ni, kalau tidak mau ada orang yang mengamuk suruh beli mixer warna pink ni. Tapi memang cantik jugak warna ni... cukuplah dah ada 2 mixer.

Tengok2 dulu... hubby cakap tahun depan dia nak berboxing sorang diri dan turn dia pulak beli barang2 sendiri. Ye la tu tengok2 ada orang dari Malaysia call dan suruh beli itu ini hehehe... harus rasanya, betul tak Aqil dan Amalia?.

28 December 2011

Boxing Day - Hari ke2 Part 1

Hari ke2 kami ke T3 Plaza untuk berboxing... kami memang plan datang awal sebab nanti susah nak cari parking. Masa kami sampai orang masih belum ramai dan semua kedai belum pun dibukak lagi.

Tapi bila kami masuk dalam, rupa2nya dah ramai yang sedang menunggu di depan BigW ni... entah apa yang mereka kejarkan sangat. Kalau orang Melayu ke sini semua nak kejar corelle sebab sekarang ada sale. Walaupun ada sale Zie tak beli banyak pun sebab tak berkenan mugnya yang gedabak besarnya tu... banyak beli yang loose aje. Aqil dan Amalia macam biase lah tak sah kalau tak beli mainan.

Selepas shopping di BigW kami ke HS pulak... kat sini memang banyak barang yang Zie nak beli... siap ada list lagi. Bila diperhatikan sebenarnya tak semua barang murah masa boxing day ni. Rupa2nya ada sesetengah barang tu harganya lebih murah sebelum krismas. Jadi sebelum membeli kena rajin2kan diri cek katalog sebelum dan selepas.

Akhirnya semua barang dalam list dah dibeli... yang tak termasuk dalam list pun terbeli jugak, tu yang parah. Banyak lagi barang2 yang akan dibeli di sini sebelum balik nanti... tunggu sale yang akan datang pulak, sebab ada member beritahu kadang2 mid year sale lagi murah compare masa boxing day ni.

Zie hepi sangat sebab dapat beli semua barang yang dihajatkan... thanks hubby. Selepas shopping di sini kami pulang ke rumah dan kemudian akan keluar semula untuk berboxing di city pulak.

27 December 2011

Boxing Day - Hari Ke2 Part 2

Lepas sembahyang Zohor dan makan tengahari kami ke City pulak untuk berboxing. Kalau ikutkan memang dah penat tapi disebabkan nak shopping terus rasa hilang kepenatan itu.

Memang ramai betul orang hari ni... kami terpaksa pusing 3 kali untuk mencari parking. Akhirnya jumpa jugak parking tapi agak jauh... kena lah berjalan jauh sikit untuk ke Rundle Mall. Lagi pun kami datang memang dah lewat sebab tu lah semua parking full termasuklah di parking lot bawah bangunan.

Cantikkan kete Ferrari belakang kami ni... memang ramai orang pakai kete ni kat sini. Kalau di Malaysia boleh bilang dengan jari dan kalau ada yang pakai pun mesti boleh kenal satu Malaya kot. Tak pun di Malaysia ramai yang pakai Zie aje yang tak tahu. Kalau tengok kete ni mesti hubby perli Zie sebab ada satu peristiwa berkaitan dengan kete ni... 'biarlah rahsia'. Memang best kalau dapat guna kete macam ni kan? tapi mimpi aje la... itu pun kalau bermimpi naik kete ni...

First kedai yang hubby tuju ialah kedai ni... ingatkan nak intai2 dari luar aje sebab Zie tengok orang siap beratur nak masuk. Lepas sorang keluar baru yang lain boleh ganti. Tapi hubby ajak Zie masuk sebab hari ni ada less 50 percent. Memang murah betul... dan siap ada handbag yang sold out.

Ingatkan nak masuk tengok2 aje sebab walaupun sale tapi macam mahal jugak. Tetangkap jugak 1 handbag dan 1 purse. Hubby cakap kiranya ni hadiah besday tak lama lagi. Awalnya dapat hadiah. Alhamdulillah akhirnya dapat merasa pakai handbag 'O' ni. Thanks hubby... terima kasih daun keladi, nanti hari sebenar Zie nak hadiah lagi... hehehe...

Lepas tu kami ke Rundle Mall... ramai betul orang. Kami tak lama kat sini sebab orang terlalu ramai. Kami singgah kejap di David Jones dan Myer... memang sale giler2 tapi tak beli apa2 pun. Kami datang dah petang takde pulak jumpa kengkawan kat sini maybe ramai yang datang pagi. Jumpa Linda aje tapi dia dah nak balik sebab dah datang dari pagi.

Sebelum balik kami singgah di kedai kitchenware ni... memang asyik dan best masuk kedai ni. Semalam dah membeli di kedai yang sama di HT. Tetapi masih ada yang tertinggal. Zie suka masuk kedai ni sebab suka tengok barang2 dapur yang pelik2, terutamanya acuan2 kuih dan kek... rasa nak beli semuanya. Tapi sempat beli acuan ni aje sebab Aqil dah ajak balik.

Tak sporting lah Aqil ni... mama tak puas lagi tengok barang2 dalam kedai ni. Dah la kedai ni susah nak buat sale. Takpa lain kali la datang lagi... harap2nya ada sale lagi lepas ni. Boxing day kami hari ini tak berakhir di sini kami menuju ke Burnside Village pulak.

Tujuan kami ke sini bukan nak membeli lagi walaupun memang ada sale giler2 jugak kat sini. Kami menuju ke butik 'O' untuk tukar handbag yang Zie beli di city tadi, sebabnya handbag yang Zie beli tadi terpaksa ambik yang display sebab yang dalam stok dah sold out. Macam tak best la pulak beli handbag mahal2 tapi yang display. Alhamdulillah ada rezeki Zie, tinggal satu aje lagi handbag yang sama pattern dengan Zie beli tadi kat Butik 'O' di Burnside Village ni. Memang famous kot pattern ni sebab dua2 butik dah takde stok. Singgah kejap di ZARA sebab ada sale 50 percent jugak tapi tak beli pun sebab Aqil dan Amalia dan bising nak balik.

26 December 2011

Akhirnya apa yang diidamkan berjaya ku miliki... Alhamdulillah.

Alhamdulillah akhirnya mixer idaman dah berjaya Zie miliki. Dah lama Zie idamkan Kitchenaid mixer ni... sebelum datang sini lagi. Zie jatuh cinta pada mixer ni bukan disebabkan fungsinya aje tetapi disebabkan rupa bentuknya dan yang paling penting ada warna feveret iaitu MERAH. Untuk mixer ni Zie beli warna Empire Red. Dah lama dok usha harga mixer ni dibeberapa buah kedai dan juga online tapi tak turun sangat harganya. Tapi kali ni Zie kena beli jugak sebab tak lama lagi dah nak balik Malaysia. Sebelum duit habis ke lain baik Zie beli je terus mixer idaman ni. Selain mixer Zie jugak beli barang2 KA yang lain. Kiranya cukup la peralatan KA setakat ni... tapi ada lagi barang2 KA yang Zie nak tambah lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki.


Kalau ikutkan hati nak try guna mixer ni... tak sabar nak tahu kehebatannya. Tetapi Zie dah ada Kenwood mixer, jadi guna je lah yang ni dulu. Balik Malaysia nanti baru boleh guna khidmat KA ni pulak. Memang hepi sangat... thanks to my hubby sebab telah tunaikan hajat Zie ini.

Boxing Day - Hari Pertama

26 Dis. merupakan tarikh yang sangat Zie nanti2kan sebabnya tarikh ni boxing day akan bermula. Kalau ikutkan time ni lah banyak barang2 dijual dengan harga yang murah compare dengan sale2 hari biase. Seawal jam 10 pagi kami dah menuju ke HT untuk shopping. Ingatkan kami dah awal, rupa2nya ada lagi yang datang awal termasuklah orang2 OZ. Kami sabar menunggu sebabnya semua kedai akan dibukak jam 11 pagi.

Mujur Aqil dan Amalia tak buat perangai... tapi Aqil ada membebel jugak 'kenapa kite datang awal sangat? sebab tu lah kena tunggu lama'. Sabar yer anak2 mama... nanti mama belikan mainan.

Amalia siap boleh main teng... teng... lagi sebab bosan tunggu lama sangat.

Tujuan utama ke HT sebab nak ke kedai ni... banyak barang yang nak dibeli di dalam ni termasuk lah barang2 idaman. Sebelum kedai ini dibuka Zie siap intai dari luar dulu nak lihat barang apa yang murah. Zie dah lama sediakan list barang apa yang nak dibeli. Bukan saje list tetapi siap harga barang untuk compare harga dengan kedai lain. Boleh dikatakan Zie siap buat servey dan research jugak la untuk beli barang sempena boxing day ni. Geram je tengok perkataan SALE... SALE... tak sabar nak berboxing.

Hari pertama berboxing ini lah hasilnya... Alhamdulillah selain dari dapat barang2 idaman Zie jugak dapat barang2 feveret yang lain. Lama jugak kami kat sini iaitu dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Sebelum balik kami isi perut dulu... balik nanti tak payah lah susah2 nak masak lagi. Terima kasih kepada penjual sebab sudi hantar barang2 kami ke kereta, nasib baik muat kalau tidak ada yang kena datang ambik esok atau bila2.

Buat pertama kalinya kami tengok jalan jam sepanjang tinggal di Adelaide ni... semuanya menuju ke HT untuk berboxing. Mujur kami datang awal kalau tidak ada yang tersangkut dalam jam ni.

Siap ada yang parking di tepi2 jalan besar dah agak jauh dengan HT. Tetapi masing2 sanggup berjalan jauh semata2 nak berboxing. Ramai jugak Zie jumpa Adelaide geng yang datang berboxing kat sini. Cukup lah untuk hari pertama berboxing, kami akan sambung berboxing esok pulak.