26 Dis. merupakan tarikh yang sangat Zie nanti2kan sebabnya tarikh ni boxing day akan bermula. Kalau ikutkan time ni lah banyak barang2 dijual dengan harga yang murah compare dengan sale2 hari biase. Seawal jam 10 pagi kami dah menuju ke HT untuk shopping. Ingatkan kami dah awal, rupa2nya ada lagi yang datang awal termasuklah orang2 OZ. Kami sabar menunggu sebabnya semua kedai akan dibukak jam 11 pagi.
Mujur Aqil dan Amalia tak buat perangai... tapi Aqil ada membebel jugak 'kenapa kite datang awal sangat? sebab tu lah kena tunggu lama'. Sabar yer anak2 mama... nanti mama belikan mainan.
Amalia siap boleh main teng... teng... lagi sebab bosan tunggu lama sangat.
Tujuan utama ke HT sebab nak ke kedai ni... banyak barang yang nak dibeli di dalam ni termasuk lah barang2 idaman. Sebelum kedai ini dibuka Zie siap intai dari luar dulu nak lihat barang apa yang murah. Zie dah lama sediakan list barang apa yang nak dibeli. Bukan saje list tetapi siap harga barang untuk compare harga dengan kedai lain. Boleh dikatakan Zie siap buat servey dan research jugak la untuk beli barang sempena boxing day ni. Geram je tengok perkataan SALE... SALE... tak sabar nak berboxing.
Hari pertama berboxing ini lah hasilnya... Alhamdulillah selain dari dapat barang2 idaman Zie jugak dapat barang2 feveret yang lain. Lama jugak kami kat sini iaitu dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Sebelum balik kami isi perut dulu... balik nanti tak payah lah susah2 nak masak lagi. Terima kasih kepada penjual sebab sudi hantar barang2 kami ke kereta, nasib baik muat kalau tidak ada yang kena datang ambik esok atau bila2.
Buat pertama kalinya kami tengok jalan jam sepanjang tinggal di Adelaide ni... semuanya menuju ke HT untuk berboxing. Mujur kami datang awal kalau tidak ada yang tersangkut dalam jam ni.
Siap ada yang parking di tepi2 jalan besar dah agak jauh dengan HT. Tetapi masing2 sanggup berjalan jauh semata2 nak berboxing. Ramai jugak Zie jumpa Adelaide geng yang datang berboxing kat sini. Cukup lah untuk hari pertama berboxing, kami akan sambung berboxing esok pulak.
No comments:
Post a Comment