Dua minggu lepas kami dijemput menghadiri majlis harijadi anak Yunn dan Kak Yatt... majlis diadakan di rumah Kak Yatt. Macam2 makanan ada dan yang paling mendapat sambutan ialah murtabak dan roti canai. Tukang buatnya diimport jauh dari Malaysia iaitu abang ipar Kak Yatt, kebetulan ada datang sini. Boleh tahan jugak roti canainya... murtabak Zie tak makan pun, ralik dok makan benda lain. So tak boleh lah nak komen sedap ke tidak... tapi mungkin sedap sebab nampak orang lain bersungguh dok makan. Lupa pulak nak ambik gambar roti canai dan murtabak tu. Siap ada roti canai frozen lagi... masing2 beli untuk dibawa balik.
Part yang paling Amalia suka... potong kek besday. Boleh dikatakan semua majlis besday kat sini keknya mesti kek ais krim. Maybe sebab anak2 suka kot... tapi Zie tengok bukan aje anak2, mak2 dan bapak2 pun suka termasuk lah Zie hehehe... Zie memang suka sangat makan ais krim. Itu pun kalau bukan time winter la.
Hepi besday to a both of you...
Yummy...
Untuk majlis ni Zie buat kek ambon aje... lagi pun lama dah tak makan, alang2 nak bawa ke rumah orang boleh la kami makan sama. Terima kasih kepada Yunn dan Kak Yatt sebab sudi menjemput kami sekeluarga.
waw... berbeza dr besday party yg lain sbb yg ni ada roti canai dan murtabak. Tapi yg buat tu bukan abg ipar k yatt tapi abg ipar a syed. kalau dgn k yatt kira biras lah dia org tu.
ReplyDeleteambon tu nampak sedap..... nyum- nyum......