05 December 2011

Agar-agar kiwi

Hari ini cuaca agak panas tekak Zie ni terasa nak makan makanan yang sejuk aje. Nak makan ais krim... ais krim dah habis. Pikir punya pikir Zie terlintas ada buah kiwi dalam peti ais dan Zie teringat pernah lihat resepi agar2 kiwi di dalam blog Kak Azlita Aziz... apa lagi terus la Zie cuba buat agar2 kiwi ni. Resepinya mudah dan cara hendak membuatnya pun senang sangat.

Sebelum Zie bagi resepi... maaf dulu dipinta kepada tuan punya resepi asal kerana Zie dah ubah sikit resepi ini. Ini adalah kerana salah satu bahannya tiada di dapur Zie... iaitu susu cair. Zie dah ubah bahan dan sukatannya seperti di bawah ini.

Bahan2nya:
5 g serbuk agar2
2 cawan air
10 sudu besar gula (kalau ikut resepi asal 5 sudu je)
1 cawan fresh milk (menggantikan susu cair)
2 biji buah kiwi (dikisar dengan 1/2 cawan fresh milk)
Pewarna hijau
Buah kiwi untuk hiasan

Cara membuatnya:
1. Masakkan agar2 bersama air dan gula hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan fresh milk dan buah kiwi yang telah dikisar.
3. Masukkan pewarna dan masakkan hingga mendidih.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan (acuan hendaklah dibasahkan terlebih dahulu supaya agar2 senang dikeluarkan). Kemudian masukkan ke dalama peti.
5. Sebelum makan boleh dihiaskan dengan buah kiwi.

Memang sedap agar2 ni walaupun ada terasa pahit buat kiwi... bagi sesiapa yang suka makan buah kiwi sudah semestinya akan suka makan agar2 kiwi ni... like me, memang melegakan tekak.

No comments:

Post a Comment