20 December 2011

Aqil dan Yaya ke city with papa...

Cuti sekolah baru bermula di sini... cuti2 macam ni Aqil dan Amalia mula lah cepat rasa bosan, tambah2 lagi kalau tengok papa mereka ada kat rumah. Memandangkan hubby dah settle semua kejenya so banyak la masa nak melayan mereka berdua. Hari ini hubby bawa mereka berdua jalan2 di city. Zie tak boleh ikut sebab Yasmin ada hari ini. Takpa mama nak pergi time boxing day nanti... nak tengok orang OZ shopping sakan masa tu. Mama dapat cuci mata dan jeling2 aje pun jadi lah.

Hubby bawa mereka berdua ke muzium... walaupun dah berapa kali ke sini Aqil dan Amalia suka sebab dapat tengok macam2 dalam ni.

Berehat jap sambil makan gula kapas...

Hepi sebab dapat hadiah dari Santa masa berjalan2 di Rundle Mall.

Kedai coklat...

Sempat buat face painting... Amalia taknak buat kat muka, just buat kat tangan aje.

Taraaaaaaaaaaa...

Mujur lah papa dah siapkan first drafnya boleh lah layan Aqil dan Amalia sempena cuti sekolah ni. At least ada jugak aktiviti mereka berdua sempena cuti sekolah ni. Lepas ni ajak papa ke tempat lain pulak yer...

No comments:

Post a Comment