21 December 2011

Tak habis2 dengan mainan...

Walaupun cuti sekolah baru bermula Aqil dan Amalia dah mula terasa bosan dok rumah. Padahal macam2 gadget dah ada... PSP la, Nintendo la dan yang terbaru Ipod. Masing2 dah ada sorang satu, ye la nak mengadap benda alah ni 24 jam mesti mereka pun rasa bosan. Selain mengadap laktop bermain games la keje mereka berdua hari2. Tambah2 sekarang siang panjang mereka berdua tak tahu nak buat apa. Nak main mainan yang sama mereka dah bosan.


Dah bosan dok rumah kami bawa mereka berdua berjalan2... Kalau berjalan tak sah pulak kalau tak beli mainan. Tak kiralah mainan tu kecik atau besar, asalkan dapat beli mereka dah hepi. Rasanya minggu ni aje dah berapa banyak mainan mereka dapat. Hubby pun tak berkira sangat kali ini untuk belikan mainan untuk Aqil dan Amalia sebab sekarang mainan yang dijual agak murah sempena krismas ni.



Aqil minat bermain beyblade pulak sekarang ni. Dah banyak koleksi beyblade Aqil. Semenjak tinggal di Adelaide ni macam2 jenis permainan Aqil suka. Lepas satu... satu... lepas ni apa lah pulak. Amalia maintain dengan koleksi Barbie dan play doughnya. Memang dah nama pun budak2 mesti tak lepas dengan mainan... at least cuti sekolah ni mereka ada aktiviti yang hendak dilakukan masing2.

No comments:

Post a Comment