Lepas menonton wayang kami jalan2 di kedai2 feveret yang ada kat sini... biase la apa lagi kalau bukan kedai kitchenware. Nak balik rumah takut kepanasan pulak nanti... masuk kedai kat sini at least dapat tumpang aircond kejap.
Kalau jalan2 aje mesti tak best, nak tak nak kena jugak beli sesuatu... tambah2 lagi boxing day masih ada. Alamak rupa2nya hari ini hari Sabtu... hari ini sepatutnya Zie ke GS. Baik pulak Zie sebab tak ke GS hari ni yer... hehehe... Bukan apa sebenarnya nak stop dulu buat sementara waktu ke GS. Kalau teringin nanti boleh pergi balik... lagi pun kami dah nak balik, masa yang ada ni lah jangan dipersia2kan. Balik Malaysia nanti tak jumpa dah GS ni... pasti Zie akan merindui GS.
Penat berjalan kami singgah minum coffee kejap. Sekali-sekala dapat lepak di kedai macam ni kan best... Bukan apa sebenarnya kami nak tumpang aircond sama sebab tak sanggup nak naik kereta dalam keadaan panas terik macam hari ini. Sambil minum Zie dok perhatikan gelagat orang2 OZ yang ada dalam kedai ni... seronok jugak tengok mereka ni, macam2 fesyen dan style... tak kira muda atau tua mereka tampil bergaya. Bagi pasangan yang dah berumur mereka masih romantik. Kalau bab romantik ni memang Zie tabik la... di mana2 pun Zie perhatikan walaupun pasangan itu dah tua mereka masih berpegangan tangan kalau berjalan... Kalau orang kite pun mungkin ada tapi segelintir aje... jangan kata nak tunggu tua, dah dapat anak sorang dua pun dah tak tahu ke mana romantiknya... jalan pun jauh2 aje.
Sebelum balik kami ke kedai feveret hubby... masuk tengok2 je, takde benda nak beli pun sebenarnya. Tengok Amalia tu... teringin betul dia nak guna Ipad... insyaAllah ada rezeki kite beli yer. Nak beli di sini orang kata di Malaysia lagi murah... jadi bersabar lah dulu Amalia yer, guna aje lah Ipod dulu.
Lega dapat menumpang aircond... esok dan lusa cuti sempena tahun baru, semua kedai tutup... dah lah cuaca maximum 41 degree, kat mana la kami nak tumpang aircond, jawabnya kena berkurung aje dalam rumah. Semoga kami dapat bertahan...
Lega dapat menumpang aircond... esok dan lusa cuti sempena tahun baru, semua kedai tutup... dah lah cuaca maximum 41 degree, kat mana la kami nak tumpang aircond, jawabnya kena berkurung aje dalam rumah. Semoga kami dapat bertahan...
No comments:
Post a Comment