Minggu ni minggu menziarah ibu2 baru lepas bersalin. 3 orang member melahirkan baby diakhir tahun 2011 ni. Seronok tengok orang dapat baby. Kami melawat Darwin dulu sebab rumahnya paling dekat dengan rumah kami. Tahniah pada Darwin sebab dapat baby boy... sekarang Darwin dah dapat sepasang anak yang comel2. Masa kami melawat ni baby Darwin belum diberi nama lagi... Hanif ada jugak tanya pendapat kami nak letak nama apa yang best dan mempunyai maksud yang baik. Kami tak pasti sebab kalau di Malaysia kami ada buku untuk bagi nama baby yang baru lahir ni. Tapi kami suggestkan pada Darwin dan Hanif supaya cuba search dalam internet.
Tak lama kemudian kami dapat tahu baby Darwin ni namanya Adam. Ringkas aje namanya senang nak panggil. Sama la pulak nama dengan anak sedara Zie... memang ramai pun orang yang bernama Adam. Apa2 pun yang penting nama yang diberi mempunyai maksud yang baik.
Second baby kami melawat baby Aqilah. Ini merupakan baby sulung Aqilah, baby girl... namanya pun ringkas aje iaitu Aliya. Memang zaman orang bagi nama pendek2 kot sekarang ni... ye la selain senang nak panggil nanti besar tak susah nak isi apa2 borang. Aliya dilahirkan awal sehari sebelum baby Adam. Aliya ada masalah jaundice masa baru lahir dan dok ulang-alik ke hospital untuk cek darah. Alhamdulillah tak beberapa hari lepas tu Aliya semakin sihat. Tahniah kepada Aqilah dan Faisal kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Rasa kekok jugak sebab dah lama tak pegang baby. Geram je tengok baby ni.
Tengok orang dapat baby rasa teringin jugak nak ada baby sama, tapi tunggu lah balik Malaysia nanti kalau ada rezeki. Amalia pun dok geram aje tengok baby orang dan sibuk dok tanya 'bila mama nak dapat baby macam ni?'. InsyaAllah kalau ada rezeki yer Amalia. Ada sorang lagi baby kami belum sempat ziarah... InsyaAllah nanti kami akan sampai ke rumah baby Ismail pulak.
No comments:
Post a Comment