Tak habis2 lagi berboxing... hari ni kami ke HT sekali lagi. Hari tu tak habis lagi membeli walaupun seharian dah berada di sini. Hari ni orang dah tak ramai sangat compare masa first boxing day. Rasa selesa sikit nak membeli.
Baybled lagi...
Macam biase kami kena belikan Aqil dan Amalia mainan kalau tidak mau ada yang buat hal dan nak balik cepat2 nanti. Mula lah kite nak membeli pun tak senang... lepas dapat apa yang mereka nak baru lah boleh kite shopping dengan tenang.
Tak sah kalau tak masuk kedai GT kalau ke sin... kalau dah masuk mesti ada aje yang tersangkut. Tak sabar nak guna mould ni... Amalia mesti suka.
Levi's ada sale 50 percent off... memang murah sangat. Masa kami datang hari pertama boxing day hari tu orang ramai sangat dalam butik Levi's ni, tak sanggup nak masuk dan beratur masa nak bayar. Tapi sayangnya hari ni dah tak banyak pilihan... tapi tertangkap la jugak sehelai dua. Padahal yang beli sebelum ni pun tak terpakai lagi.
First time Zie ke HT dulu memang kedai ni terus menarik minat Zie... antara sebabnya dalam kedai ni ada mixer idaman Zie, Alhamdulillah dah dapat beli. Walaupun dah beli ada aje barang2 dalam kedai ni yang Zie nak beli lagi. Ye la selagi tak habis yang ada dalam list dan selagi tak balik Malaysia mesti ada aje barang yang nak dibeli.
Hari ni macam2 barang lagi Zie beli... memang lepas ni nak kurangkan aktiviti berGS sebabnya walaupun ada barang2 sama yang dibeli di GS, nampak yang baru nak beli lagi. Pikir2 balik baik beli barang baru je terus lagi berbaloi untuk dibawak balik. Tapi boleh ke nak berhenti aktiviti berGS? hehehe...
Lepas habis bershopping di sini kami ke T3 plaza pulak... laaaaa... ingatkan dah habis, nak beli apa lagi ni?
Lepas habis bershopping di sini kami ke T3 plaza pulak... laaaaa... ingatkan dah habis, nak beli apa lagi ni?
Sebelum shopping di sini kami isi perut dulu. Semua dah kelaparan. Lega dapat makan...
Selepas makan agenda bershopping diteruskan... kami ke HS lagi. Ingatkan nak beli satu dua barang aje ... tengok2 penuh troli pulak kami angkut. Alang2 nak shopping biarlah bersungguh2 kan... harap2 ini last la kami shopping kat sini sempena boxing day ni sebabnya dah takde tempat nak letak semua barang2 ni. Bilik belakang hampir penuh dengan barang2 yang kami beli masa boxing day ni .
Sebelum balik sempat pulak singgah Myer... saje masuk sebab Zie nak tengok ada satu barang idaman kat sini, sama ada harganya murah atau tidak sempena boxing day ni, sayangnya takde sale... kena tunggu dulu la. Tengok slogan Myer dalam gambar ni bukan main lagi... takan lah sampai nak menangis kalau tak dapat beli sekarang, takde maknanya... kecuali Aqil dan Amalia yang selalu menangis kalau tak dapat beli mainan hehehe...
Suka tengok donut maker dll ni... dah ada satu cukup la... itu pun tak tahu nak guna atau tidak.
Masa ke Myer ni Zie sengaja pergi bahagia KA, just nak tengok harganya turun atau tidak. Memang tak turun pun... mahal compare dengan harga di HT. Mujurlah masa beli mixer KA di HT hari tu takde warna feveret Amalia ni, kalau tidak mau ada orang yang mengamuk suruh beli mixer warna pink ni. Tapi memang cantik jugak warna ni... cukuplah dah ada 2 mixer.
Tengok2 dulu... hubby cakap tahun depan dia nak berboxing sorang diri dan turn dia pulak beli barang2 sendiri. Ye la tu tengok2 ada orang dari Malaysia call dan suruh beli itu ini hehehe... harus rasanya, betul tak Aqil dan Amalia?.
No comments:
Post a Comment