Hari ke2 kami ke T3 Plaza untuk berboxing... kami memang plan datang awal sebab nanti susah nak cari parking. Masa kami sampai orang masih belum ramai dan semua kedai belum pun dibukak lagi.
Tapi bila kami masuk dalam, rupa2nya dah ramai yang sedang menunggu di depan BigW ni... entah apa yang mereka kejarkan sangat. Kalau orang Melayu ke sini semua nak kejar corelle sebab sekarang ada sale. Walaupun ada sale Zie tak beli banyak pun sebab tak berkenan mugnya yang gedabak besarnya tu... banyak beli yang loose aje. Aqil dan Amalia macam biase lah tak sah kalau tak beli mainan.
Selepas shopping di BigW kami ke HS pulak... kat sini memang banyak barang yang Zie nak beli... siap ada list lagi. Bila diperhatikan sebenarnya tak semua barang murah masa boxing day ni. Rupa2nya ada sesetengah barang tu harganya lebih murah sebelum krismas. Jadi sebelum membeli kena rajin2kan diri cek katalog sebelum dan selepas.
Akhirnya semua barang dalam list dah dibeli... yang tak termasuk dalam list pun terbeli jugak, tu yang parah. Banyak lagi barang2 yang akan dibeli di sini sebelum balik nanti... tunggu sale yang akan datang pulak, sebab ada member beritahu kadang2 mid year sale lagi murah compare masa boxing day ni.
Zie hepi sangat sebab dapat beli semua barang yang dihajatkan... thanks hubby. Selepas shopping di sini kami pulang ke rumah dan kemudian akan keluar semula untuk berboxing di city pulak.
No comments:
Post a Comment