Baru2 ni kami menjemput Linda dan keluarganya datang makan malam di rumah kami. Linda ni dah nak balik ke Malaysia sebab dah habis pengajian masternya di sini. 2 tahun dia di sini... Alhamdulillah akhirnya dah tamat belajar dan akan meneruskan kejayanya sebagai pensyarah di Politeknik Seremban. Linda ni orang Kelate jugak iaitu di Tanah Merah.
Zie masak simple2 aje... kurma kambing, ayam masak merah, ayam panggang Kenny Rogers, acar dan sambal belacan. Agar2 sebagai pencuci mulut.
Kami selalu berjumpa di majlis makan2 sama ada di rumah orang atau di park tetapi jarang kami dapat bersembang panjang lebar. Kali ni baru lah dapat berbual panjang tentang diri dan famili masing2.
Terima kasih pada Linda dan hubby sebab tolong belikan Kak Zie corelle idaman ni... Best dengar pengalaman Linda dan keluarga bercuti ke Melbourne, Sydney dan Canberra. Walaupun penat drive tetapi pengalaman tu yang penting. Bila lagi nak merasa travel ke negara orang kan, sementara kat sini la. Adakah Zie dan keluarga dapat merasa pengalaman macam mereka ni... insyaAllah kalau ada rezeki. Apa2 pun Kak Zie hepi sangat sebab dah dapat salah satu corak corelle idaman... InsyaAllah lepas ni nak tambah lagi koleksi design ni.
Mula2 rasa macam bersalah pulak... risau Linda pikir dah lah dia belikan corelle lepas tu nak kena hantar pulak ke rumah kami. Bukan macam tu tau... kami memang dah lama berhajat nak jemput Linda dan famili datang makan di rumah kami, lagi pun Linda belum pernah sampai ke rumah kami lagi. Terima kasih sebab sudi datang yer... InsyaAllah kalau takda apa2 hal kami ke airport pada 5 Jan ni untuk hantar Linda pulang... kalau tidak pun kite jumpa aje di Bangi. Linda cakap dia dan famili selalu ke Bangi untuk makan2... kalau dah sampai Bangi tu jangan lupa ke rumah kami yer...
No comments:
Post a Comment