28 Februari 2009 merupakan hari ulang tahun kelahiran Amalia yang ke 2 tahun. Dah besar anak mama... Amalia dilahirkan pada pukul 2.45 petang di Hospital Putrajaya. Ingat lagi aku pada saat2 untuk melahirkan Amalia... masih segar dalam ingatan aku dan tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Begitu juga dengan Aqil dan arwah Arfan.
Amalia dilahirkan betul2 pada tarikh yang ditetapkan. Aku dan keluarga ke hospital Putrajaya pada jam 8.00 pagi untuk daftar masuk wad. 2/3 hari sebelum ni aku dah sakit sikit2 di rumah. nasib baik aku dapat masuk wad kelas A, boleh la ma, abang dan Aqil menunggu aku.
Lepas masuk wad jururawat cek jalan... katanya dah buka 1cm. Lepas itu jururawat beritahu aku bahawa dia akan masukkan ubat supaya dapat mempercepatkan bersalin. Menurut jururawat biasanya tindakbalas akan berlaku selepas 6 jam dan aku tidak dibenarkan ke tandas dalam masa sejam. Tapi aku tidak, tak sampai sejam dah sakit sangat2... sakitnya, hanya Tuhan aje yang tahu. Aku suruh abang beritahu jururawat yang aku dah sakit. Kemudian datang la 2 orang doktor... mereka bercakap sesama sendiri dan menyatakan memang aku dah nak bersalin.
Doktor cek kedudukan baby, kepala baby senget ke kanan... tak masuk dalam lubang. Doktor beritahu kemungkinan aku akan dibedah. Ma dan abang panik lepas doktor beritahu yang aku akan dibedah. Aku apa lagi... doktor injent tangan aku untuk masukkan jarum drip (betul ke...). 3/4 kali doktor dan jururawat cuba injent tapi tak jumpa urat yang sesuai. Aku tengah sakit, Tuhan aje yang tahu... aku tak peduli apa yang mereka nak buat, yang aku pikir aku nak cepat bersalin je... dah tak tahannnnnnnnnn!!!. Ada seorang doktor tu bertanyakan pada ku, sama ada aku buat keje berat ke sebab urat aku susah nak cari. Aku dok menahan sakit dan bercakap pada doktor yang aku tak tahan dah. Tiba2 datang seorang doktor pakar (dulu dia doktor di HKL) yang sudah pencen tapi berkhidmat secara kontrak dengan Hospital Putrajaya. Dia pegang perut aku... kemudian dia cek bahagian pundi kencing... dia beritahu kepala baby tak masuk dalam lubang sebab tersekat dengan air kencing. Kemudian doktor tersebut terus pecahkan bahagian yang boleh menyebabkan aku kecing... aku terkencing atas katil tu jugak. Kemudian doktor itu cek kepala baby dah masuk lubang. Tak jadi membuat pembedahan. Syukur sangat aku dan keluarga rasa.
Aku ditolak masuk ke bilik bersalin. Sampai je di bilik bersalin aku dah memang tak dapat bertahan... nak push je rasa. Jururawat tak sempat membuat persiapan aku dah push, aku selamat melahirkan Nor Amalia Marsya seberat 3.1 kg (kalau tak silap... nanti kena cek balik). Abang pun tak sempat, masuk2 je tengok aku dah bersalin. Ada seorang jururawat di situ cakap " kalau bersalin senang macam ni boleh beranak 10 orang niii.... Dalam hati aku cakap " senang ke?... kalau pikirkan rasa sakit tadi dah serik nak bersalin lagi". Aku menangis kegembiraan. Tapi setiap kali lepas bersalin aku selalu beritahu abang... "lepas ni tak nak bersalin dah... sakit!!!". Abang menjawab " ye lah, abang pun tak sanggup tengok zie sakit". Abang kemudian terus azan di telinga Amalia. Syukur semuanya selamat. Betul ke tak nak anak lagi?. Kalau ikut perancangan kami nak 4 orang anak. Tengok lah kalau ada rezeki lagi. Detik2 kelahiran Aqil dan arwah Arfan (rasa dah pernah tulis) akan aku ceritakan suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment