27 October 2009

Pengalaman Temuduga PTD

26 Oktober 2009 memang hari yang sangat penting bagi aku... kerana aku akan menghadapi temuduga PTD di SPA Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dengan menaiki teksi abang Din. Tepat jam 7 pagi aku sampai di SPA. Sampai aje depan pagar guard situ tanya "Puan ni calon atau panel temuduga?". Aku terpikir kenapa dia tanya macam tu "mungkin sebab aku nampak berumur kot", lantak la yang penting aku sudah bersedia untuk di temuduga. Aku orang yang terawal sampai. Aku disuruh menunggu di bilik latihan. Aku orang pertama yang dok menunggu di situ. Tidak lama kemudian makin ramai yang datang dan semuanya nampak muda2 dan adik2 lagi. Memang menjadi kelaziman kalau aku pergi temuduga, aku la orang yang paling tua. Takpa nak buat macam mana rezeki aku baru sekarang untuk dipanggil temuduga PTD. Kami menunggu lebih kurang sejam lebih baru dipanggil untuk mendaftarkan diri di tingkat 2. Lebih kurang 100 lebih kot calon yang hadir. Ramainyaaa... dah la di JPA Putrajaya lagi, dan ada 3 sesi iaitu pada 19 & 26 Oktober dan 2 November. Aku terpikir "berapa orang la JPA nak ambil sampai ramai macam ni sekali?''. Takpa lah kalau ada rezeki aku dapat, kalau tak dapat aku dapat menemani hubby di OZ.

Masa pendaftaran aku mendapat nombor giliran 1209 dan bilik temuduga huruf M di tingkat 3. Kami juga diberi soalan psikologi untuk dijawab di rumah secara online dan tempoh yang diberikan ialah selama seminggu. Selepas dapat semua tu aku terus ke bilik M dan menunggu di situ dengan penuh debaran. Seramai 11 orang calon yang menunggu di depan bilik M. Masing2 nampak ketakutan dan gelisah termasuk aku. Panel datang agak lambat jugak sebab aku rasa macam lama je kat situ. Dalam pukul 9.15 panel datang, debaran jantung aku makin kencang. Mula2 panel Chinese masuk bilik M, aku kata sudahhh... mesti speaking la kalau panel Chinese ni yang temuduga aku, namanya C.H. LIM. Kemudian masuk lagi seorang, aku tengok name tagnya bernama ABKARI macam pelik je nama orang ni. Panel ni nampak friendly dan tanya kami semua dah bersedia ke untuk ditemuduga?. Dalam pukul 9.20 calon pertama dan kedua dipanggil masuk. Calon masuk 2 orang sekali gus. Aku dan yang lain menanti dengan penuh debaran dan membaca apa yang patut sementara menunggu. Lebih kurang pukul 9.45 dua orang calon tadi keluar, aku sibuk menanyakan soalan apa yang ditanya. Calon tersebut memberitahu aku antara soalan2 yang ditanya. Makin berdebar aku dibuatnya. Begitu jugak dengan calon2 seterusnya, ada yang mengeluh, ada yang kata biase je, ada yang kata tak boleh jawab dan macam2 lagi.

Sampai giliran aku lebih kurang jam 11 lebih, hanya Tuhan yang tahu keadaan aku masa tu. Berdebar jugak tapi aku control. Mula2 En. Abkari bertanyakan aku soalan panel yang seorang lagi semak dokumen2/sijil2 yang aku bawak.

Antara soalan yang ditanya oleh En. Abkari:

  • Perkenalkan diri dan latarbelakang aku dan keluarga
  • Persediaan untuk temuduga
  • Kenapa nak jadi PTD?
  • Apa itu PTD?
  • 8 bidang tugas PTD
  • Kalau dihantar bertugas di Negeri lain, sanggup tak? aku cakap sanggup jeee... hehehe, tapi dalam hati tak nak lah.
  • Ini PTD kontrak kenapa nak?
  • Third languange
Antara soalan yang ditanya oleh En. C.H.Lim:
  • Apa itu integriti?
  • Perolehan Kerajaan
  • KPI
  • Selesaikan kes.
Aku boleh jawab semuanya dengan yakin tapi time soalan dalam bahasa Inggeris tu, aku faham tapi nak jawab balik tu aku teragak2 sebab soalan yang ditanya aku tak tahu dan tak prepare. Memang katoi betul masa tuuu... Ya Allah memang rasa panik masa tu. Calon seorang lagi yang temuduga bersama aku masih muda, dia pun banyak tak boleh jawab.

Akhir sekali sebelum tamat En. Abkari tanya aku harapan untuk temuduga PTD ini? Aku cakap moga aku diberi peluang menjadi PTD memandangkan aku sudah ada pengalaman bekerja di perkhidmatan awam dan latarbelakang pendidikan aku membolehkan aku mengurus tadbir. Selain itu, faktor umur aku yang sudah tua menyebabkan aku sukar untuk mendapat pekerjaan selepas ini. Lebih kurang pukul 12 tamat... lega walaupun ada yang tak boleh jawab. InsyaAllah kalau ada rezeki aku dapat. Kalau tidak aku boleh ikut hubby ke OZ. Resultnya tak pasti bila keluar, tunggggguuuuuu...

Masa menunggu Wak datang ambik En. Abkari tanya aku tunggu siapa? aku geram je nak tanya sama ada aku ada peluang tak jadi PTD tapi tak terkeluar. Nampak hebat2 je panel2 temuduga, ada yang tua dan ada yang masih muda2 lagi. Rupa2nya di situ takde cafe... perut aku dah berkeroncong dan kelaparan. Wak pulak lambat sampai sebab tak familiar jalan ke situ. Gelisah aku dok menunggu. Nampak je kereta BMW lalu aku terus menjengah keluar... tengok2 bukan, frust je. Tak lama kemudian baru Wak sampai dengan membernya... aku terus ajak Wak pergi makan. Lega dapat makan tapi kepala aku dah pening dan lepas makan rasa nak muntah. Angin dah masuk perut kottt... dalam perjalanan ke rumah Wak aku tido. Ingat nak balik ofis balik tapi jam dah pukul 3 dan aku pulak tak larat. Singgah rumah Wak tengok ma. Lepas Asar Wak hantar aku balik Bangi.

Itu lah pengalaman aku temuduga PTD, kalau ada rezeki InsyaAllah merasa la aku menjadi PTD yang menjadi idaman setiap graduan Universiti yang berminat bekerja di perkhidmatan awam/Kerajaan. Untuk makluman sesiapa yang teringin menjadi PTD kite perlu ada persediaan dan ilmu yang banyak supaya kite dapat menjawab semua soalan, satu lagi kebolehan berbahasa Inggeris tersangat2 la penting. Isu-isu semasa negara dan dunia jugak kite perlu tahu. TAWAKAL TU ALLALLAH. AMIN.

2 comments:

  1. semoga berjaya ... lagipun penemuduga tu macam syok jer ngan zie ... harap2 ada la harapan.

    ReplyDelete