20 October 2009

Kereta rosak












Semalam masa nak balik keje terkejut aku dibuatnya kerana bawah kereta aku dilimpahi cecair berwarna merah, ingatkan darah apa? rupa2nya minyak, tak tahu minyak apa. Aku ni bab2 kereta ni memang tak reti, reti bawak je. Aku mintak tolong staf tengok, dia kata itu kemungkinan minyak gear box. Memang tak boleh buat apa kena tarik katanya. Panik jugak aku dibuatnya. Dok pikir macam2 siapa nak ambil Aqil kat sekolah?, aku nak balik macam mana? esok nak datang kerja macam mana? dan macam2 lagi. Telefon Eg suruh datang tengok dia busy. Aku sms ke hubby dan hubby bagi cadangan supaya tinggal je kereta kat situ, esok panggil mekanik datang tengok dan bawa kete tu ke bengkel. Aqil suruh jiran aku tolong ambilkan dan aku tumpang Mira (ex. student hubby) balik. Settle.

Kenapa la kereta aku jadi macam tu?, tak pernah2 dia buat hal. Kali ni memang mencabar betul dah la masa hubby takde.

No comments:

Post a Comment