Hari ini bermula perjalanan hidup anak aku Aqil sebagai seorang pelajar darjah 1. Pagi Aqil belajar di sekolah Tahfiz Al-Irsyad, iaitu dari pukul 8 hingga lah pukul 11.30 pagi. Aku menghantar Aqil tepat pada waktunya. Abang tidak dapat menghantar Aqil kerana kurang sihat. Aqil menangis tidak bagi aku meninggalkannya...dia pegang tangan aku sambil menangis. Aku tunggu di situ sampai jam 9.30 pagi. Bila Aqil udah mula belajar aku memberitahunya hendak balik sekejap untuk menghantar Amalia. Padahal anak jiran ada sama belajr di situ...Nurin tetapi kelas berlainan...Nurin kelas 5 tahun. Aku ingatkan Aqil tidak menangis sebab sebelum ini dah pernah bersekolah di Smart Reader KIds. Biase lah 'first day'...bukan Aqil seorang je yang menangis. Balik dari sekolah Aqil hantar abang pergi mengurut di seksyen 15, Pukul 11.25 pergi ambil Aqil dan terus pergi ambik abang.
No comments:
Post a Comment