30 January 2009

Jalan pintas

Hari ini aku lalu jalan pintas nak ke Putrajaya. Sebelum ni aku dok tertanya2 kenapa orang lalu jalan tu mesti ada jalan pintas nak ke Putrajaya niii... Jumaat lepas aku dah lalu tapi aku tengok macam jalan mati je... jadi aku pusing balik, takut jugak masa tu orang sembahyang Jumaat sunyi je jalan tuuu... Tapi hari ni aku lalu pagi, iaitu masa orang ramai lalu... akhirnya berjaya jugak aku mengetahui memang ada jalan pintas... Lepas ni jimat laaa... masa dan minyak sikit.
Rehat balik rumah, sebelum itu singgah bintang beli barang dapur sikit. Setiap Jumaat aku kena balik rumah untuk hantar Aqil ke sekolah, sebab Zohor masuk waktu lambat sekarang. Abang tak sempat nak hantar Aqil. Amalia macam biasa hendak ikut aku hantar Aqil ke sekolah, lepas tu beli aiskrim untuk pujuk dia supaya jangan menangis dan tidak mengikut aku pergi kerja.

No comments:

Post a Comment