15 October 2010

Mee kari sempoi


Hari ni tak tahu nak masak lauk apa untuk lunch. So aku just make curry mee. Lama tak makan rasa sedap pulak... hubby dan Aqil siap tambah dan cakap sedap2. Seronok jugak sekali-sekala ada orang puji, tambah2 dari hubby dan anak2 sendiri. Kali ni mee kari aku tak cukup bahan... just guna bahan yang mana ada je...

Mee Kari

Bahan-bahan:
Mee kuning
Sawi
Taugeh
Daun sup
Isi ayam/daging/kerang
Halia
Tauhu goreng
Fish cake
Fish ball
Telur rebus
Bawang goreng

Bahan tumis:
Bawang merah
Bawang putih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Serbuk kari
Garam dan gula

Cara membuat:
1. Mee dicelur.
2. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan bancuhan rempah kari
dan sedikit halia. Selepas pecah minyak masukkan isi ayam/daging/kerang. Kalau nak pedas
boleh masukkan sedikit cili kering yang diblender atau serbuk lada.
3. Kemudian masukkan santan, biarkan mendidih.
4. Boleh dihidangkan dengan sayur2an, bawang goreng, daun sup dan telur rebus.

No comments:

Post a Comment