03 October 2010

Beraya di rumah Imah

Seharian penat berjalan di Gorge Wildlife Park dan Toy Factory sebelum balik kami singgah pulak beraya di rumah Imah. Actually Imah jemput kami jam 5 tapi kami datang lewat sikit. Semuanya dah keletihan tapi kena jugak ke rumah Imah sebab sudah dijemput... kalau tak pergi macam tak elok la pulak.

Imah hidangkan mee sup, soto, nasi himpit dan biskut tart kegemaran aku. Sedap Imah buat, lepas ni boleh la mintak resepi. Untuk makluman semua tart gulung memang feveret aku, tapi tak pernah dan cuba buat sendiri. Lepas ni balik Malaysia kena beli acuan dan boleh la try buat sendiri. Biase buat tart bunga je, itu pun masa zaman anak dara dulu. Kalau di Malaysia takpa boleh beli sebab tart gulung ni sentiasa ada walaupun bukan musim perayaan.

Ini tempat Teha satu2nya anak perempua Imah bermain... Nampak gayanya Teha ni mempunyai minat yang sama dengan Yaya iaitu minat barbie dan apa sahaja yang berwarna pink. Seronok la Yaya dapat main kat sini.

Puas bermain dalam rumah... kanak2 sibuk pulak bermain di luar rumah. Kawasan belakang rumah Imah luas dan bersih je... sedap mata memandang dan selesa untuk berehat. Yaya seronok dapat main buaian.

Yaya & the geng.

Thanks Imah kerana sudi menjemput kami.

No comments:

Post a Comment