Semalam kesian Aqil, rupa2nya dia balik pukul 6 petang. Biasanya hari Isnin 6.30 baru keluar. Aqil balik awal sebab perhimpunan dibatalkan kerana hujan. Papanya pergi ambil pada pukul 6.15, tengok2 Aqil dok menangis. Orang ramai lagi mungkin dia rasa takut sebab kebiasaannya kalau dia keluar kelas aku atau papanya dah ada diluar. Balik2 je terus nak tidur dan cakap dia sejuk. Rupa2nya Aqil demam balik... baru je lepas demam sekarangdah demam balik. Lepas makan ubat Aqil terus tidur sampai ke pagi. Makan pun tidak. Kesian anak akuuu... uuhhhuuu...
Cerita Amalia pulak... dah 3 hari tak buang air besar, asyik dok sebut sakit perut... sakit perut... jeee... tapi tak nak meneran. Dia macam takut dan sakit masa nak meneran. Kesian tengok dia... sampai pucat muka. Anak aku ni sembelit... sebelum balik rumah tadi aku singgah farmasi beli ubat melembutkan najis dan melicinkan pengeluaran najis, minyak mestika dan minyak TYT. Sampai jeee... rumah Amalia terus datang pada aku dan cakap sakit perut... sakit perut... nak uuu...uuuk... aku cakap uuu...uuuk laaa... dia tak nak, sakit katanya. Aku terus suruh MIL dan abang masukkan ubat yang aku belikan tadi... aku nak masukkan tak berani dan tak sampai hati tengok Amalia menangis. Lepas MIL masukkan aku dukung Amalia nak baringkan dan betulkan pampers dia... tengok2 dah ada 2 ketul... ehem... ehem... patut la sakit... memang keras. Lega aku tengok Amalia dah uuu...uuuk... Lepas pada tu Amalia terus tersenyum dan main macam biasa walaupun dia ada mengadu sakit lagi, mungkin pedih kot. Aku tahu macam mana perasaan Amalia masa susah nak uuu...uuuk... sebab aku pernah sembelit... memang seksa Tuhan aje yang tahu... dan macam mana rasa lepas dimasukkan ubat (aku pernah dimasukkan ubat tersebut sebelum nak melahirkan Aqil... masih segar diingatan... siap ma masuk teman sekali... sakit nak beranak bercampur sakit nak uuu...uuuk... seksa!!! tapi itu lah pengalaman).
Apa2 pun aku doakan semoga semua ahli keluarga aku sihat, selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.
No comments:
Post a Comment