23 April 2009

Balik kampung

Semalam aku baru masuk ofis... cuti balik kampung tengok abah tak sihat masuk hospital USM Kubang Kerian. Kami bertolak Sabtu malam naik keretapi. Risau jugak aku kalau2 Amalia menangis... tengok2 memang betul awal2 lagi dah menangis... dia takut sebab tak biasa dan bunyi bising. Aqil ok je... happy jeee... dan tak sabar2 nak naik. Amalia menangis sehingga sampai di perhentian Seremban. Sampai pucat dan ketar2 dia kerana takut sangat. Siap tutup muka dengan kain napkin dia sambil cakap takut... takut.... Lepas aku pujuk2 dia baru la ok... dan sampai la dia tertidur. Tetapi Amalia selalu sedar sebab bunyi bising, cerah dan orang dok sibuk lalu-lalang. Sedar2 je Amalia cakap... tak takut laaa... papa ada, mama ada... kesian anak aku, lain kali tak boleh naik dah. Pada mulanya abang nak ambik tempat tidur tapi tiket dah habis. Tetapi bila pagi lain pulak, dia happy pulak mungkin sebab nampak tengok permandangan di luar, semalam gelap jeee... siap nak duduk seorang lagi suruh aku ke tepi. Kalau nampak lembu... Aqil dan Amalia siap menjerit lagi. Dalam pukul 8.00 pagi kami sampai di Dabung, Gua Musang. Pukul 10.15 pagi kami sampai di perhentian Wakaf Baru. Bja datang ambil kami. Lepas tu kami terus hantar MIL di rumah adiknya. Lepas makan tengahari kami balik rumah aku. Letih dan mengantuk Tuhan aje yang tahu. Sampai rumah je terus mandi dan rehat. Aqil dan Amalia tak letih, mereka berdua dok bermain dengan Adam dan Syira.
Petang kami pergi melawat abah di Hospital USM. Kesian abah aku tengok dah kurus. Abah nampak happy sebab anak2 ada di sampingnya kecuali EG dan Ami tak dapat balik lagi. Malam aku masak untuk keluarga aku.

No comments:

Post a Comment