18 September 2008

Hari ke 18 berpuasa

Semalam, suami aku demam....2 kali pergi klinik. Mula-mula ingat demam sakit urat, lepas mengurut makin teruk demamnya. Sebelum ni kalau pergi mengurut tak pernah la pulak demam teruk macam ni.Risau jugak aku tengok dia.....terdetik dalam hati, suami aku ni kena demam denggi ke? tapi dia tak sengal2 sendi macam dulu (suami aku dah pernah kena denggi tahun 2006), dia dah tahu macam mana rasanya kalau kena denggi. Petang sementara tunggu nak berbuka dia perasan ada tanda-tanda merah dan berair....dia tunjuk pada aku, dia cakap ni macam bertih (bahasa kelate) kalau bahasa standard chicken pox. Lepas tu cek seluruh badan memang banyak....sah la bertih. Malam pergi klinik sekali lagi...doktor bagi ubat lain pulak. Risau jugak aku.....jangan berjangkit pada Aqil dan Amalia sudah la....dah la nak balik raya ni, kalau demam susah la. Abang diberi mc sehingga hujung minggu ni. InsyaAllah sihat la suami aku lepas ni...klinik pun dah 2 kali pergi. Semoga abang cepat sembuh.

Amalia pulak taknak duduk main...dok merengek je...nak suruh orang layan dia. Nasib baik lepas tu ok. Keje dia nak memanjat kerusi je....nak tengok muka dia dekat cermin sambil nyanyi lagu aspalela (lagu Apek Senario).Tapi dia reti sebut lela...lela...lela...tu je. Suka aku tengok keletah anak aku ni. Aqil biasa la kalau tak tengok katon (Astro) dia asyik dengan mainan dia yang dah boleh muat sebuah lori tu...hehehe...

1 comment:

  1. ala siannya ... abg demam yer .. moga cepat sembuh

    ReplyDelete