03 January 2011

Murahnya???

Selepas ke HS kami ke K-mart untuk beli barang Aqil pulak. Sekarang K-mart dah mula menjual barang2 keperluan sekolah. Ramai parents dok sibuk membeli barang2 keperluan sekolah anak2 mereka. Aku dan hubby terkejut tengok barang2 yang dijual sebab semuanya murah2 sangat.

Comey pulak alat2 tulis ni, geram aku tengok... rasa nak beli banyak2 sebab semuanya cantik2 dan yang penting harganya murah. Kalau di Malaysia tak pernah rasanya dapat harga macam ni, malah di Mydin pun tak boleh dapat harga2 macam ni. Kalau yang murah mesti tak berkualiti di Malaysia. Sini tak walaupun murah barang2nya ok je.

Alat tulis ni baru AUD2.75... memang murah.

Yang ni semua AUD1

Yang ni kami paling terkejut... buku tulis 5 pc harganya 10 sen, sangat2 murah. Untung ke tidak toke buku ni...

Bag sekolah pun murah... harga paling mahal pun belas2 AUD je, kalau di Malaysia mana nak dapat harga ni. Kalau yang ada troli mau puluh2 harganya. Tak ke parah parenst nak beli... kalau anak sorang dua ok la. Kalau yang ada ramai tu tak ke banyak habis duitnya. Itu baru bag tak masuk barang2 lain dan yuran lagi.

Lunch box ni pun aku berkenan... comey2. Ada harga yang paling murah, AUD8 je tapi ada 5 pcs iaitu lunch case, drink water, snack container, pencil case dan ice pack. Ingat nak belikan untuk Aqil la satu. Lagi pun kat sini Aqil tak perlu bawak buku berat2 ke sekolah just bawak bekal je... mesti best ke sekolah berlengang bawak lunch box yang comey ni.

Dok pikir cukup ke ni? Dok bilang ada berapa orang nak bagi. Daripada bagi barang lain bagi alatulis pun ok jugak at least berfaedah sikit. Tapi barang2 lain dah beli... takpa la sapa2 yang bernasib baik je akan dapat hadiah ni.

Tengok ni harganya AUD1 je... murah weiiiii... rugi tak beli. Kenapa tak beli banyak2 abang selotip tu kite kan banyak guna benda alah ni terutama masa shipping.

Yaya pun nak satu pensel color ni...

Uniform sekolah ni harganya AUD6 untuk 3 helai... tersangat la murahnya. Nak beli untuk sehelai sehari pun boleh. Tapi Aqil tak pakai la pakaian ni sebab sekolah Aqil ada uniform sendiri, kecuali seluar dan kasut bebas boleh pakai apa2 jenis je, asalkan warna gelap. Di negara kite mana nak dapat. Kalau pikir bab nak beli keperluan sekolah anak, awal2 lagi parents dah pening kepala (bagi yang kurang berkemampuan). Kalau yang anak ramai sebulan gaji pun tak cukup... siap ada yang guna duit simpanan kot. Itu baru bab keperluan sekolah seperti uniform sekolah tak termasuk yuran dan lain2 bayaran di sekolah. Pening... pening... Kat sini aku rasa AUD50 pun tak habis kot nak beli keperluan sekolah sebab semuanya murah. Kalau convert duit kite pun harga still murah.

No comments:

Post a Comment