03 January 2011

Syoknya...

Hari ni hubby tak ke Uni. lagi... Aqil dan Yaya kalau ada papa mula la cakap bosan la dok rumah, terutamanya Aqil. Jadi hubby ajak la kami ke TT Plaza. Hari ni TT Plaza agak lenggang, ye la orang dah mula keje kot. Tempat wajib aku masuk ialah HS... banyak benda yang aku dan hubby minat kat dalam kedai ni. Plan asalnya nak bawak Aqil dan Yaya jalan2 je. Tengok2 ada sale di HS, memang selalu sangat sale... boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali, tak terkejar dibuatnya.

Tengok ni memang Year End Sale giler2 betul. Syok betul kalau poket penuh dapat beli macam2. Tambah2 lagi kalau dapat beli barang2 TEFAL. Ni semua barangan TEFAL sale 50% tak ke geram dibuatnya. Tapi tengok je la, nak beli tak boleh lagi. Dapat pegang dulu pun takpa la. Memang berkenan sangat... sebab cantik dan nampak gah je... kalau beli nak guna mesti sayang je... InsyaAllah ada rezeki nak belilah, boleh tak abang?

Tengok Aqil dan Yaya ni... kalau aku masuk kedai ni mula la marah dan merengek je, kadang2 nak membeli pun tak tenang. Sebabnya kedai ni takde jual mainan atau barang untuk kanak2. Aqil siap cakap papa ni asyik beli hadiah besday mama je... dan lepas tu siap cakap ala2 announcement "Nor Azita stop buying!", nak tergelak jugak dibuatnya. Ala sabar la Aqil lepas ni kite pergi beli barang2 Aqil pulak. Lepas tu dok cakap pada papanya "papa besday Aqil nanti, Aqil nak start beli hadiah pada 1 Julai lagi (besday Aqil 10 Julai) sebab mama dari minggu lepas dah dapat hadiah"... teruk la papa nanti...

Mesti singgah kalau nampak alat mainan ni... tak gerak pun takpa la, asal boleh duduk kejap pun takpa.

Dah siap beli barang mama, lepas tu terus pergi beli barang Aqil dan Yaya pulak. Baru la nak senyum Aqil dan Yaya ni.

Hampir jam 5, semua penjual dok berkemas nak tutup kedai dah. Kami pun dah nak balik. Masing2 dah dapat barang hepi la yer... Plan nak jalan2 je... tengok2 habis duit papa. Kesian papa... tapi takpa papa yang nak belikan, bukannya mama nak pun (hehehe... betul ke taknak... padahal dalam hati nak... nak...). Apa2 pun kite ucapkan terima kasih pada papa sebab bawak kite jalan2 dan belikan barang. Moga Tuhan murahkan lagi rezeki papa, muahhhhhhh... sayang papa.

No comments:

Post a Comment