11 January 2011

Alhamdulillah selamat sampai di Melbourne

Alhamdulillah kami selamat sampai di airport Melbourne. Rasa excited jugak nak jalan2 di sini. Tapi tak berkesempatan kerana suami Sue akan datang jemput kami. Banyak jugak kedai2 yang menarik perhatian aku. Tapi dapat jeling dari jauh je la...

Salah satunya butik Guess kat belakang aku ni... design handbag2nya macam menarik je...

Masa nak ambik troli ni kami tak tahu rupa2nya kena bayar... iaitu kena masukkan duit $4 baru tayarnya boleh keluar. Patut la hubby tarik punya tarik tayarnya asyik melekat... ingatkan tayarnya rosak... rupa2nya kami tak perasan ada mesin yang perlu dimasukkan duit. Buat duit betul, bayangkan satu troli $4 sehari berapa ramai orang guna dan troli ni pulak bukannya mudah rosak... setiap satu troli dapat hasilkan berapa banyak duit. Kaya... kaya... tak pernah2 kami ke mana2 airport yang trolinya kena bayar kalau nak guna.

Ni la rupanya mesin untuk masukkan duit untuk gunakan troli di airport Melbourne.

Nak taknak memang terpaksa guna troli sebab barang2 kami ni agak banyak... takan nak pikul pulakkan.

Masa kami sampai Melbourne hujan... mujur la tak lebat. Suasana di sini agak lengang macam Adelaide jugak. Airport Melbourne agak berdekatan dengan bangunan2 lain.

Suasana depan airport... agak sempit.

Menuju ke tempat mengambil penumpang.

Sabar menunggu husband Sue datang jemput kami.

Agak2nya muat ke ni nak sumbatkan dalam sebiji kete je... risau jugak. Tapi Alhamdulillah muat je...

No comments:

Post a Comment