29 January 2011

Ganu kite...

Selepas beberapa hari balik ke kampung, kami ke Kuantan. On the way ke Kuantan kami singgah di Trengganu. Kami suka ke Trengganu... boleh dikatakan tiap2 tahun kami akan ke Trengganu. Kalau ke Trengganu tak sah kalau tak singgah makan kepok lekor dan seafood celup tepung di tepi pantai. Kali ni kami singgah makan di Kemaman... bestnya dah lama tak makan kepok lekor, sotong dan ikan celup tepung dengan air kelapa sambil menghirup udara segar di tepi pantai.
Aqil, Yaya dan Asraf... hepi walaupun tak dapat mandi pantai.

Kepok lekor ganu memang feveret aku sangat2 tambah2 kalau kena yang memang sedap.

Sotong celup tepung, kena pulak sotong yang baru naik dari laut... memang sedapppp...

Air kelapa... aku memang suka minum air kelapa, tambah2 lagi kalau kena kelapa pandan.

Masa on the way balik dari Kuantan ke KB pun kami singgah di pantai jugak. Kami singgah sekejap je. Tapi kali ni Aqil, Yaya dan Asraf dapat main pasir di tepi pantai. Mujur la Aqil dan Yaya tak suka mandi pantai. Kalau tidak jenuh la pulak nak menunggu mereka mandi manda. Aku memang tak suka mandi laut.

with hubby

Sementara anak2 bermain... terliur pulak tengok jagung bakar, apa lagi terus la beli. Memang sedap jagung2 ni manis je...

Puas main pasir main di playground pulak. Syok yer sambil main sambil makan jagung bakar.

Buai laju2 sampai puncak sana...

Lokcing atau sate ikan...

Lepas bermain di tepi pantai dan play ground kami ke Bazar Warisan pulak. Dah siap bazar ni... masa kami datang sebelum2 ni bazar ni dalam proses pembinaan. Cantik jugak bazar ni tapi macam takde orang je... Kalau sebelum2 ni kami selalu pergi Pasar Payang. Aku wajib pergi Pasar Payang sebabnya nak beli kain batik sutera... aku suka batik sutera Trengganu compare dengan batik sutera Kelantan, sebabnya batik sutera Trengganu cantik2 dan designnya satu je setiap design... so takan sama la dengan orang lain. Satu lagi aku suka beli batik sutera lukis bukan batik yang dicop... walaupun mahal sikit tapi puashati. Buat makluman semua aku memang suka pakai baju batik sutera sebabnya kainnya tak panas dan lembut jeee... setengah orang cakap tak suka pakai batik sutera sebab malas nak iron tapi aku sebaliknya. Tapi kali ni aku tak beli la... nak pakai di OZ mesti sejukkkkkkkk... so beli la benda2 lain je.

No comments:

Post a Comment