13 January 2011

Alhamdulillah selamat sampai di Malaysia...

Huhuuuuuuuuu... dah nak balik... tak puas rasanya berjalan2 di Melbourne. Ye la dalam masa 2 hari setengah mana nak pergi... sempat pergi yang dekat2 je la, tu pun rasa semput dan letih sangat. Terkejar2 rasanya... satu2 tempat pun kena pergi kejap2 je. Walaupun hujan kena redah jugak sebab taknak membazir masa. Memang letih kalau berjalan dalam keadaan tergesa2 macam ni... tak sempat nak rehat langsung. Kejap je kami dah terbang ke Malaysia.


Mujur dah check in secara online, tak payah nak beratur panjang2... Alhamdulillah semua bag yang nak di check in lepas. Risau jugak tak lepas sebab barang makin bertambah.


Lama jugak kami menunggu di sini sebab kami datang awal... flight kami jam 1.30 pagi. Nak suruh hubby Sue hantar lewat nanti menyusahkan dia pulak. Kami terpaksa datang awal and lepak di airport ni.

Kesian Aqil dan Yaya keletihan yang amat sangat...


Kapalterbang berlepas tak sampai 10 minit dua2 dah tido... memang betul la anak2 mama ni letih sangat. Ye la jalan2 tak henti2... sapa tak penatkan. Lena betul Aqil dan Yaya tido... sedar2 je kapalterbang dah nak landing di LCCT. Aku pulak tak boleh tido sebab sakit gigi, macam tahu2 je gigi aku ni dah nak balik Malaysia, tiba2 sakit yang amat... terpaksa makan panadol supaya tahan sakit. Tak sabar rasanya nak cabut... seksa rasanya.

Tido sehinggakan tak jamah pun makanan2 ni...

Alhamdulillah selamat sampai di LCCT... hepinya rasa sampai Malaysia. Paling hepi keluar je dari pintu ketibaan tu nampak restoran2 halal. Apa lagi mula la terlintas dipikiran nak makan macam2. Takpa sabar... sabar... banyak masa lagi.

Pijak je bumi Malaysia terus Aqil dan Yaya cakap nak makan McD, apa lagi di LCCTkan ada McD terus je hubby bawak mereka berdua. Masa penerbangan semalam dua2 tido mesti perut baru rasa lapar, dapat pulak perkena burger syok laaaaaa....

Makanan masa dalam flight langsung tak pandang sebab dah dapat burger McD.

Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai di bumi Malaysia tercinta. Tapi ke mana nak tuju yer selepas ni? kami mana ada rumah... nak dok mana yer selama kami berada di Malaysia ni? huhuuuuuuuuu...

No comments:

Post a Comment