Aku memang suka sangat makan keropok lekor sejak dari kecik lagi. Kalau ke Trengganu memang tak sah kalau tak berhenti makan dan beli keropok lekor atau keropok biase banyak2. Kalau sebelum2 ini kami selalu beli keropok losong di Losong tapi kali ni kami beli di Tok Beng. Aku tanya member2 yang tinggal di Trengganu dan ramai yang beritahu keropok Tok Beng lah yang paling sedap. Menurut mereka kalau hari cuti pelanggan siap kena ambil nombor giliran dan masing2 membeli dengan jumlah yang banyak. Ada jugak yang siap tempah sehari sebelum sebab risau kehabisan. Mendengarkan cara mereka beritahu tu memang keropok Tok Beng ni sedap sangat. So kami singgah lah membelinya sebelum balik ke KB. Masa kami datang sini bukan cuti sekolah so orang tak la ramai sangat tetapi orang yang datang membeli bukan setakat membeli berpuluh ringgit malah beratus2 ringgit... memang sedap betul ni aku rasa.
No comments:
Post a Comment