02 January 2011

Pembukaan makan2 di park awal tahun 2011

Aktiviti keluarga dihujung minggu kat sini biasenya kami ke park je, selain daripada berjalan2 ke tempat2 menarik di sini. Untuk pembukaan tahun 2011 ni kami semua mengadakan jamuan secara portluck di Thorndon Park. Kali ni Gina sebagai penganjur majlis... Rupa2nya ramai yang tak pernah datang ke park ni. Bagus jugak at least semua dah tahu ada park yang lebih menarik dan selesa daripada park2 lain yang pernah kami adakan makan2 atau jamuan MYPSA. Majlis kali ni diadakan untuk meraikan Ayu Man yang akan back for good pada 8 Jan ni.

Masing2 bawak makanan ada nasi lemak, bihun goreng, kuih ketayap, roti john, kuih, kek dan macam2 lagi... masih ada yang tak sampai lagi masa ni. Aku hanya buat apam balik je. Ramai yang kata park ni best... jadi lepas ni boleh la kite selalu berjumpa dan berpicnic kat sini. Lagi best kalau kite dapat buat BBQ macam mat2 salleh kat sini... memang beria sungguh mereka, siap dengan kerusi meja di bawaknya. Sekali angin bawak bau makanan BBQ mereka terasa terliur dibuatnya. Takpa Gina next time kite buat BBQ pulak...

Dari semalam lagi aku pesan kepada Yaya berkali2 supaya makan dulu sebelum main, kalau tidak nanti perut masuk angin dan sakit pulak macam sebelum ni. Pada mulanya Yaya taknak tetapi lepas aku cakap nak balik baru la Yaya nak makan dulu sebelum bermain. Ramai dok kata Yaya dah kurus compare masa awal2 sampai Adelaide. Memang la aku sendiri pun rasa kesian pada Yaya sejak datang sini jadi kurus disebabkan taknak minum susu sini. Nak kata tak makan Yaya makan banyak jugak kadang2 tu dan aku pun selalu ikut kehendak Yaya nak makan apa. Nampak sangat Yaya debab dulu disebabkan susu formula. Minggu depan kami akan balik Malaysia. Aku tanya Yaya "balik Bangi nak hisap susu tak?" Yaya cakap dia nak. Harap2 Yaya minum susu semula.

Hubby berselera nampak makan nasi lemak Kak Ina... mesti sedap tu.

Aqil macam biase la kalau ke park tak sah kalau tak main bola sepak, tambah2 kalau ada bestfriendnya Danish yang sama2 peminat setia bola sepak. Hepi sekali-sekala dapat jumpa.

Perut dah kenyang baru la boleh main!

Anak2 pun hepi sekali-sekala dapat berjumpa dengan kawan masing2. Macam gaya mesyuarat meja bulat je ni... entah apa yang dibualkan.

Kaum2 ibu ni lagi la, tak payah cakap la... seronok betul sekali-sekala dapat berjumpa. Banyak topik yang nak dibualkan. Kalau duduk seharian di park ni pun takpa. Macam2 cite yang nak dibualkan.

Salah satu topik kaum ibu ialah berkongsi resepi. Time ni masing2 khusyuk dok mendengar Kak Ina beritahu cara2 nak buat tepung KFC and apple pie... Sapa2 yang pandai memasak tu boleh la share2 resepi yer.

Kaum ibu berposing... sebelah aku tu la Ayu Man yang akan pulang ke Malaysia pada 8 Jan ni sebab hubbynya dah nak tamat belajar. Selamat pulang Ayu kite jumpa di Kuala Trengganu pulak yer... Sebelum tu Hepi Besday untuk Ayu semalam 1.1.2011 dan tak lupa jugak untuk Kak Liza yang besdaynya pada hari ni 2.1.2011... semoga kalian berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Permulaan tahun 2011 yang baik... harap2 lepas ni banyak lagi majlis makan2 macam ni di adakan antara kite, at least terubat sikit rasa kesunyian dan kebosanan duduk kat rumah.

No comments:

Post a Comment