28 July 2010

Purse aku hilang

First time dalam hidup aku terjadi perkara macam ni, nak kata aku tak berdoa masa keluar rumah dan masa perjalanan aku memang lakukan macam biase. Masa di Sunday Market tu aku asyik sangat membeli dan melayan Yaya kot sampai tak perasan purse aku jatuh atau diambil orang. Nak kata orang ambik masa kat situ takde pun suasana sesak dan ada orang yang lain yang menghampiri aku. Lepas aku beli aku letak balik dalam handbag atau bag plastik. Masa aku dok mencari tengok2 bag plastik ada tanda koyak maybe jatuh ikut situ. Aku pergi tanya dan cari di tempat2 yang aku beli barang, mereka semua cakap tak nampak pun purse aku tu. Panik jugak aku dibuatnya tapi aku terus berdoa. Hubby tinggal pesan pada guard sekiranya ada orang serah purse tersebut mintak tolong contact kami. Hubby pun cuba cari dan tanya di tempat kami beli barang tapi takde.

Aku balik rumah dengan perasaan sedih dan frust sangat. Dalam purse aku tu ada IC, medical card aku dan anak2, lesen, gambar, ayat2 (Yassin dll) dll. Nasib baik aku tak letak duit banyak dalam tu... kalau tidak melayang dengan duit2 aku sekali. Paling aku frust purse ni hubby hadiahkan sempena besday aku pada tahun 2009, harganya agak mahal, huhuuuuuu...

Aku tak putus2 dok memikirkan macam mana purse aku tu boleh hilang. Aku terus berdoa agar dapat jumpa balik purse aku tu. Aku yakin akan jumpa purse tu balik. Aku akan terus berdoa dan bertawakal. InsyaAllah Ahad next week aku nak pergi balik tempat tu. Tolong doakan aku jumpa balik purse tu ye... thanks.

Aku dan hubby dah pergi buat report di Police Station... harap2 orang yang jumpa atau ambik purse aku tu pulangkan balik.

Bismillaahir rahmaanir rahiimi, lahaulawalakuwataillabillah hillaliyulazim... terus berdoa...




No comments:

Post a Comment