21 July 2010

Hadiah barang2 dapur lagi

Semalam hubby belikan aku set periuk TEFAL, frypan brand Chief, sudip dan 2 set sudu Stanley Rogers dan 2 set sudu Home Cafe untuk aku. Terima kasih hubby... Rasa sayang nak guna semua ni. Rasanya nak bawak balik Bangi je la kot. Kalau convert duit kite rasa macam sayang nak beli, better guna buat benda lain yang lebih penting. Macam kat sini aku guna aje mana yang ada. Kebanyakan barang2 dalam rumah ni orang lama yang tinggalkan. Tapi hubby dah belikan, terima je la.


Set periuk TEFAL... nampaknya lepas ni kena makin rajin masak la... hubby dah beli semua ni, jadi kena la buat masakan yang lebih istimewa selalu untuk suami dan anak2. Kalau kat Malaysia harganya memang mahal.

Set sudu Home Cafe (2 set) untuk 6 orang makan

Set sudu Stanley Rogers memang famous kat sini... yang ni aku paling suka, for 8 person. Kalau nak bagi hadiah pada orang kawin pun sesuaiiii...

Yang ni set sudu Stanley Rogers jugak... cantikkk... sesuai jugak kalau nak bagi hadiah pada sesapa


Set sudip, macam2 ada... nasib baik aku tak pergi beli sendiri, kalau tidak bukan setakat sudip2 ni aku beli... mahu benda lain pun aku beli. memang suka tengok barang2 dapur kat sini, rasa semua nak beli. Kalau Yaya siap taknak balik sebab nak tengok dan main dengan barang2 dapur, terutama bekas2 untuk buat kek & cupcake... sangat2 cantik.

Terima kasih pada hubby kerana belikan semua ni...

No comments:

Post a Comment