20 May 2010

Sekolah Baru Aqil di East Torrens





Hari ni kami pergi daftar sekolah Aqil di sekolah berhampiran rumah, East Torrens. Lepas ni aku kena belajar driving sebab sistem jalan sini lain sikit untuk ambik Aqil di sekolah. Teacher yang incharge NAP tu memang friendly dan banyak bantu kami. Sebelum ni kami pernah tanya sekolah ni tapi penuh, hubby try tanya sekali lagi. Kebetulan ada 2 student dah pindah, so Aqil boleh la masuk sekolah ni. Sebelum ni Aqil bersekolah di Ingle Farm 15 minit dari rumah kami dan hubby terpaksa balik awal dari Uni. untuk ambik Aqil. Aku nak drive sendiri macam tak berani, satu sebab jauh dan satu lagi sistem jalan raya sini lain sikit, kena faham betul2.

Aqil dah seronok bersekolah di Ingle Farm sebab dah ada ramai kawan. Tapi terpaksa pindah sekolah jugak sebab kalau sekolah jauh mengganggu hubby nak settlekan keje2 PhDnya kerana terpaksa balik awal. Harap2 Aqil lagi seronok di sekolah baru ni. Satu perkara yang Aqil mungkin tak seronok ialah sebab tak boleh bawa air manis kecuali air masak, buah untuk breakfast, time rehat boleh bawa apa sahaja kecuali benda2 manis. Sekolah sini memang ambik berat pasal kesihatan student... tak nak bagi rosak gigi. Harap2 Aqil dapat serasi dengan sekolah baru ni.

No comments:

Post a Comment