01 May 2010

Alhamdulillah selamat sampai di Adelaide

Alhamdulillah kami selamat sampai di airport Adelaide jam 6.15 waktu Adelaide. Keluar aje dari airport tu udara rasa segar dan sejuk je (macam dok dalam aircord). Matahari ada tapi bila angin bertiup, sejuk je rasa. Aku mula bayangkan kalau kat Bangi macam mana. Aku dan Aqil macam tak tahan sejuk... Yaya ok je.


Bahagian International

Menunggu sebelum berlepas

Hepi Yaya nak naik aeroplane

Aqil dok layan games

Alhamdulillah selamat sampai di Airport Adelaide

Penerbangan malam tadi ok je, betul la orang kata kalau naik kapalterbang besar kite tak terasa gegarannya... rasa macam dok dalam rumah je. Ada la gegaran tapi sikit dan sekejap aje. Yaya tak sampai 10 minit dah tido mungkin sebab letih sangat. Aku tak lalu nak makan masa dalam penerbangan malam tadi sebab rasa mual dan kepala pening2, padahal makanan memang best... satu lagi sebab terlalu sejuk. Yaya taknak pakai baju sejuk dan stokin tiba2 dia sedar dan menggeletar kesejukan, aku dan hubby panik tengok Yaya. Cepat2 kami gosok Yaya, pakaikan stokin dan baju sejuk. Lepas tu baru la Yaya dapat tido dengan selesa sampai pukul 3 lebih. Aqil dan hubby berselera makan. Aku dok menahan kesejukan dan sakit kepala. Nak dijadikan cite aku cirit-birit la pulak hari ni, dugaan betul. Nasib baik lepas makan ubat ok sikit, kalau tidak tak larat nak ulang ke toilet. Itu pun aku terpaksa ke toilet jugak sekali... first time dalam hidup aku duduk atas mangkuk tandas awam (dalam kapalterbang) sebab terpaksa. aku cuba nak tido jugak tapi rasa tak selesa sebab sejuk sangat. Hairan aku tengok mat salleh yang pakai seluar pendek dan baju takde tangan... huhuuuuu... aku siap mengigil lagi.

Mendengar aje ketua pramugara cakap kapalterbang nak landing... aku rasa suka sangat sebab tak tahan sejukkk... dan pening kepala. Alhamdullilah kami selamat sampai airport... kami kena melalui pemeriksaan kastam... nasib baik ok je. Lepas tu pemeriksaan barang2 pulak... semua berjalan lancar kecuali mushroom soup je tak boleh bawak masuk.

Kawan hubby datang jemput kami di airport. Timbul pulak satu masalah kerana peraturan kat Adelaide kanak2 hingga umur 5/6 tahun kena duduk dalam car seat, kalau tak duduk kena saman nanti. Yaya pulak tak biase duduk, siap menangis2 lagi. Kami kena biasekan dengan semua peraturan dan suasana kat sini. Mula2 biase la... perkara baru memang kami rasa pelik, harap2 kami akan biasekan diri dengan kehidupan di tempat orang ni.

No comments:

Post a Comment