Hari ini hari terakhir Aqil bersekolah sebelum kami bertolak ke Adelaide. Setahun lebih aje Aqil sempat bersekolah di sini. Sempena hari terakhir Aqil, Zie dan hubby ke sekolah untuk menghantar buku teks, mengambil dokumen persekolah Aqil, mengambil gambar Aqil dengan kawan2 sekelasnya dan memberi sedikit hadiah buat mereka.
Ini cikgu kelas 2C, namanya Zuraidah... terima kasih sebab mangajar Aqil. Hari ini cikgu Zuraidah bagi semua dokumen2 penting tentang persekolahan Aqil.
Tidak lupa jugak untuk kawan2 sekelas Aqil... terimalah hadiah yang tak seberapa ini tanda persahabatan selama ni dari Aqil.
Bagi Aqil dia mesti tak rasa sedih sangat sebab nak berhenti sekolah dan berpisah dengan kawan2nya. Tapi Zie pulak yang rasa sedih sebab Aqil nak berhenti... memang sensitif sikit mama Aqil ni. Takpa lah Aqil yer nak buat macam mana kite terpaksa berkorban kejap untuk ikut papa ke Adelaide... InsyaAllah ada rezeki kite boleh jumpa lagi kawan2 Aqil di sekolah ni.
No comments:
Post a Comment