30 April 2010

Majlis sembahyang hajat, terima kasih semua

Sehari sebelum ke Adelaide kami mengadakan majlis sembahyang hajat secara kecil2an, just jemput beberapa orang jiran terdekat untuk sembahyang hajat semoga segala urusan dan perjalanan kami dipermudahkan.

Makanan pun terpaksa order je... hidangan yang simple... tempah di BBB Tom Yam dan sate Samuri. Nak masak semua barang dah takde. Maaf kepada tetamu yang hadir... makanan ala kadar aje.

Terima kasih sebab tolong menjayakan majlis ini.

Antara jiran2 yang paling rapat dengan kami Atok Mansor, Abang Wan, Atok Mok dan abang Kak Na.




Terima kasih pada jiran2 yang selama ini banyak membantu kami semasa kami tinggal di Bangi. Terutamanya famili Man, famili Mok dan famili Kak Na. Maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kite.

No comments:

Post a Comment