11 April 2010

Akhirnya aku dapat jugak beli blouse yang aku inginkan selama ini

Hari ini aku bawa Aqil dan Yaya ke kompleks PKNS... di muka pintu masuk aku sudah terpandang blouse yang aku tercari2 selama ini. Kalau sebelum ini aku cuma lihat orang jual secara online dan kedainya nunnnnnnnn... jauh di Jakarta. Apa lagi aku pun berhenti la membelek2 mana yang berkenan. Boleh dikatakan banyak yang aku berkenan tetapi takde saiz yang aku nak. Hanya 2 helai aje yang sesuai dengan saiz aku. melayang la duit aku kat situ. Kalau nak dibandingkan dengan Zabira's Smile yang ini lagi murah dan kainnya pun ok. Nasib baik mood Aqil dan Yaya ok, senang la mama nak shopping. Papa tak boleh ikut sama sebab menghadiri bengkel di Nilai Spring.

Jalan punya jalan rupa2nya ada lagi orang lain yang jual blouse jenis yang sama, tersangkut lagi 2 helai, dan T-shirt sehelai dengan cutting yang sama. Wauuuuuu... puashati aku dapat beli baju yang aku inginkan selama ini. Tidak sia2 aku kuar jalan2 hari ini. Aku tak payah nak beli secara online dari Jakarta. Aqil dan Yaya biase la beli buku, coklat, ais-krim dan McD.

Aku kagum dengan kakak atau adik yang jual blouse tersebut sebab dia memiliki BBA dari Universiti USA tetapi melakukan perniagaan begitu. Katanya incomenya lumayan dengan perniagaan sebegini dan selalu ke Jakarta sebulan sekali untuk membeli stok dari sana dan barang2 dihantar secara shipping. Bestnyaaa... mula la aku berangan. Bestnya kalau dapat pergi sendiri ke Jakarta.

Seronok sangattttttt... dah beli blouse, ada satu lagi benda yang aku nak tak dapat2 lagi. Kena cari jugak lepas niii... susah betul nak jumpa yang betul2 berkenan dihati dan sesuai dengan aku.


1 comment: