Lama betul tak update blog... sebabnya Zie tak sihat. Kali ni demam selsema Zie agak luar biase, tak pernah2 Zie demam selsema macam ni. Hanya Tuhan aje yang tahu... asalnya Zie minum air limau yang dicampur dengan madu supaya taknak bagi batuk sebabnya tekak Zie terasa pedih2 macam nak batuk.
Tengahari tiba2 badan rasa sengal2 macam nak demam. Nak makan ubat tak boleh sebab minum air liamu campur madu, at least kena tunggu selepas 4 jam, kalau makan ubat nanti lain pulak jadinya. Terpaksa la call hubby suruh balik awal sebab Yasmin ada hari tu.
Lepas makan ubat panadol dalam pukul 3, ingatkan lepas tido dan rehat kejap... ok la. Biasenya kalau demam makan panadol dan tido kejap supaya berpeluh lepas tu terus ok. Tapi kali ni lain,tiba2 selsema pulak... selsema yang teruk sebabnya hidung Zie dua2 belah tak boleh bernafas. 3 hari 3 malam menderita tak boleh bernafas... terpaksa bernafas ikut mulut. Hanya Tuhan aje yang tahu seksanya bernafas ikut mulut... nak sembahyang pun satu hal, hidung tersumbat lepas tu nak tunduk sembahyang, nak baca ayat ikut mulut... nak bernafas lagi huhhhhhhhh... memang teruk demam kali nih. Satu lagi nak tido... macam mana nak tido kalau hidung tersumbat... macam2 style Zie cuba tido tapi tak ok jugak... akhirnya Zie tertido macam tu aje.
Zie cuba search dalam internet info cara taknak bagi hidung tersumbat... cuba letak vicks dihidung dan tapak kaki tak jalan, letak minyak cap kapak, ok tapi pedih hidung pulak... hari seterusnya minyak cap kapak pun tak jalan. Cuba pulak sedut wap air panas... lega kejap lepas tu tersumbat balik. Zie tanya pendapat kawan2 ada yang kata letak vicks dalam air panas... Zie cuba memang ok tapi tak lama kemudian jadi balik. Dah habis ikhtiar rasanya. Letak kaki dalam air panas pun tak ok jugak haaaahhhhh...
Sebelum2 ni kalau Zie selsema hirup sup panas je hidung terus ok... tapi kali ni hirup la apa pun tak jalan. Mulut pulak rasa pahit semacam aje... makan tak rasa apa2. Zie jadi tak lalu makan dalam masa seminggu ni. Yang Zie boleh atau lalu makan hanya makanan berkuah dengan nasi macam pic ni... letak lada hitam banyak2 supaya badan rasa panas. Siap cakap kat hubby ni makanan orang sakit... hubby cakap macam makanan masa dalam pantang je... memang pun. Tak kisah la yang ni je Zie mampu nak telan. Mulut rasa loya macam mabuk pregnant pun ada... dan rasa nak muntah. Apa la penyakit Zie ni... risau jugak.
Macam2 ubat Zie makan... ubat sini dan ubat Malaysia tetapi tak kebah2 jugak selsema ni. Akhirnya Zie suruh hubby tanya pada membernya seorang doktor ubat apa yang sesuai supaya hidung tak tersumbat. Member hubby bagi la list ubat2nya dan hubby terus pergi beli keesokannya. Cuba pakai ubat ni masa hidung tersumbat... lagi tersumbat ada la. Huhhhhhhhh.... dugaan betul. Hingus pun dah bercampur darah sebab kuat sangat menghembus kot (sory kotor sikit).
Sebab tak tahan sangat menanggung hidung tersumbat ni akhirnya suruh hubby buat appoinment untuk jumpa doktor. Tu lah masalahnya kalau sakit kat sini nak jumpa doktor pun susah. Time macam ni la rasa nak balik Malaysia... kalau sakit demam senang. Kat sini susah sikit... lepas jumpa macam biase la doktor sini bagi dia selsema dan batuk perkara biase masa winter dan akan sembuh sendiri. Geram pun ada dengan doktor ni, kite sakit rasa separuh nyawa dah boleh dia cakap macam tu je. Dia suggest kami beli ubat makan pulak untuk elak hidung tersumbat. Katanya spray tu tak boleh pakai... maybe tak sesuai dengan Zie. Seksa tau hidung tersumbat dua2 belah ni... kalau kena pada orang yang tak kuat boleh menangis dibuatnya.
Balik dari klinik terus kami tuju ke farmasi beli ubat ni... lepas makan lebih kurang 2 jam rasa lain macam pulak... jadi tak bermaya dan letih semacam aje. Timbul pulak masalah lain. Macam mana ni? Zie terus minum air gula dan tido supaya tak rasa letih. Tido pun rasa huyung hayang... ubat ni kuat kot sepatutnya telan sebiji je dulu. Kononya telan 2 biji terus sebab nak bagi sembuh cepat, lain pulak jadinya. Tapi keesokanya Alhamdulillah hidung dah tak tersumbat. Boleh bernafas elok tetapi still selsema hingga hari ni. Sejuk2 ni memang selsema lambat sembuh.
Tak nak dah demam macam ni... serik, seksa, merana semua ada. Sepanjang Zie demam hubby la terpaksa memasak dan uruskan anak2 hingga tak ke Uni selama 5 hari. Thanks abang. Anak2 pun Zie tak boleh layan sangat... kesian Aqil dan Amalia. Sekarang Alhamdulillah dah sihat. Semoga kami sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat. Amin.
No comments:
Post a Comment