13 June 2011

Melawat anak2 kelahiran Adelaide


Hujung minggu ni kami menziarah kawan2 yang baru bersalin... tapi macam Nadia ni dah 2 atau 3 bulan kalau tak silap... kami baru berkesempatan melawat Nadia dan babynya. Minggu ni kami kena datang jugak melawat Nadia sebab awal bulan depan mereka sekeluarga akan ke Canberra untuk buat surat kelahiran babynya dan akan terus balik Malaysia sempena semester break. Syoknya... Nadia dan hubbynya ni buat master so boleh la bercuti dan balik ke Malaysia.

Nadia dan babynya ni ada problem masa saat2 kelahiran hari tu... entah apa kenama penyakitnya, so babynya terpaksa dilahirkan walaupun tak cukup bulan. Lepas lahir baby Nadia terpaksa tinggal di hospital agak lama. Tu yang kami tak dapat datang awal2 dulu... nak ke hospital masalah la pulak nak bawak anak2. Tapi sekarang baby ni dah sihat... namanya Adel Ryan. nama ni sempena lahir di Adelaide.

Menurut Nadia berat Adel Ryan dah makin bertambah, beza sangat masa dilahirkan dulu... ye la Adel nak besar kat luar, tak nak besar dalam perut mamanya ni. Nadia dah tempuhi saat2 getir melahirkan anak sulungnya ni. Aku tanya Nadia ada kemungkinan ke akan berlaku untuk anak seterusnya... Nadia beritahu memang kemungkinan akan berlaku lagi. Takut la pulak aku mendengarnya... apa2 pun semoga semuanya selamat lepas ni ...

Lama tak pegang baby... takut la pulak.

Esoknya pulak kami melawat E dan baby keduanya... Akif Daniel. Menurtu E kami la orang pertama yang tahu nama babynya ni. Sebelum ni dia tak dicide lagi nak bagi nama apa. Hari ni genap seminggu Akif dilahirkan so E buat keputusan nak letak nama Akif Daniel. E ni dah tak lama lagi akan balik for good... sekarang sedang menyiapkan keje2 terakhir PhDnya... Hebat yer balik nanti bawak gelaran Dr. dan bawak pulak baby baru... rezeki2... E ni satu kapal dengan aku... ore Kelate dan tinggal pulak satu kampung dengan kampung arwah abah. Entah2 orang tua kami saling kenal-mengenali.... takpa lepas ni kite titih woreh.

Sementara aku dan hubby berborak Aqil layan cite karton menerusi TV 3D... siap kena pakai spek ni lagi. Canggih betul tak sempat aku nak kejar bab2 teknologi ni.

Amalia bosan sebab takde kawan yang boleh bermain dengan dia... so terpaksa la duduk tengok TV je.

Tahniah E sebab dapat baby kelahiran Adelaide ni... mesti tak sabar nak balik Malaysiakan nak tunjuk baby baru pada atuk and nenek Akif. Semoga semua berjalan lancar dan kalau balik Malaysia nanti jangan lupe contact2 orang kat sini yer. Syok tengok orang dapat baby.... rasa teringin nak jugak tapi biar la dulu, insyaAllah ada rezeki nanti.

No comments:

Post a Comment