Rasa berdebar2 la pulak nak buat cheesecake ni... tapi kalau tengokkan resepi macam mudah je. Walau macam mana pun memang nak kena buat jugak hari ni sebabnya bahan dah lama beli dan Amalia sibuk nak makan cheesecake, padahal baru minggu lepas makan cheesecake... tapi yang beli di kedai la. First time nak buat cheesecake ni aku cuba buat New York Cheesecake... resepi ambik mana? oooo... sudah semestinya dari internet. Imah yang beritahu resepi ni... semangat aku makin berkobar2 nak try buat cheesecake selepas makan cheesecake yang Imah buat masa besday party anaknya, sedap sangat bagi aku.
First time buat cheesecake ni aku rasa tak puas hati... macam kurang sesuatu je... rupa2nya aku tersilap resepi. Resepi yang aku guna ni bukan resepi yang Imah guna. Ini pun aku dapat tahu selepas berFB dengan Imah. Takpa2 lepas ni aku nak cuba buat lagi sampai la betul2 sedap dan menjadi.
Ini cheesecake untuk Amalia... Amalia nak marble cheesecake, macam lah mamanya ni hebat sangat nak bermarble2... tahu tak aku guna apa? Aku guna nutella je... letak atas adunan kemudian lorek2kan dengan lidi hehehe... ok la untuk pecubaan pertama ni yer Amalia. Lain kali mama buat betul2 marble cheesecake yer.
Taraa... ni la rupanya cheesecake Amalia... tak sabar2 dia nak makan, tak sempat nak masukkan dalam peti pun... so terpaksa la makan cheesecake panas hari ni. Tengok lah krimnya pun cair je...
Huhuuuuuuuu... tak puashati, I must try againnnnnnnnnnnnnnn... nak masukkan resepi pun rasa serba salah sebab Zie buat tak menjadi. InsyaAllah next time Zie try buat ikut resepi yang sebenarnya dan Zie akan share resepinya di blog Zie ini. Zie takan mengalah... akan ku usahakan sehingga menjadi hehehe...
No comments:
Post a Comment