Hari ni kami terima jemputan ke rumah Kak Ina Kak Liza sempena naik rumah baru... sebelum ni mereka tinggal dekat je dengan rumah kami, sekarang terpaksa berpindah ke Wandana. Takpa la Kak Ina Kak Liza dapat la merasa tinggal rumah yang lebih besar dah selesa, compare dengan rumah sebelum ni.
Kami dijamu dengan soto, mee sup, pulut kuning, burger Malaysia dan makanan yang dibawa oleh tetamu... memang sedap masa winter ni dapat makan sup panas2. Tambah2 aku yang masih belum sihat ni memang mulut ni berselera aje kalau dapat makan sup. Kali ni Zie tak bawak apa2 kuih sebab tak larat nak buat, just bawak buah je.
Aqil dah lama tak jumpa Danish... first time jumpa kat rumah Kak Ina ni asyik melekat je la... entah apa yang mereka berdua ni dok tengok.
Ramai sangat so terpaksa la setengah dok di dapur... jarang2 berjumpa macam ni, macam2 la topik yang nak dibualkan. Zie masih rasa tak sihat... nak berborak pun tak selesa sebab masih selsema dan batuk2. Risau nanti berjangkit pada orang lain pulak.
Yang berdiri tu la tuan rumah Kak Ina... terima kasih Kak Ina, Kak Liza, Darwin and Hanif sebab sudi menjemput kami. Semoga hepi duduk di rumah baru ni yer.
No comments:
Post a Comment