Amalia dan Aqil nak makan strawberry cheese tart la pulak hari ni... so terpaksa la mamanya ni buat walaupun keletihan selepas mengemas di dalam garage. Resepi ni aku ambik dari cousin aku Rini. Memang sedap... bezanya Rini buat bluberry cheese tart, aku punya strawberry cheese tart.
Sesiapa nak cuba boleh la ambik resepi ni... boleh cuba buat sendiri, kalau di Malaysia mahal jugak rasanya tart ni orang jual. First time aku makan masa raya entah tahun bila masa Wak bawa balik... memang sedap, sejak dari itu la aku sudah mula jatuh cinta dengan cheese tart ni. Sekarang dah pandai buat sendiri sonang la... cuma kena rajin la sikit yer...
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau dan tekan dengan garfu.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk.
Filling
250gm cream cheese
20gm butter
60gm caster sugar
1 biji telur
Strawberry filling.
1. Putar cream cheese, butter & gula hingga kembang...masukkan telur & putar hingga sebati.
2. Paipkan filling ke dalam pastri yang sudah di masak...Masukkan sedikit strawberry filling..lorekkan ikut suker.
3. Bakar semula selama 10 minit.
Cuba jangan tak cuba... sedapppppppp...
No comments:
Post a Comment