Aqil mula bersekolah pada 4 Januari (sama dengan tarikh besday aku). Itu yang membuat aku terkejar2 dari ofis yang sebelum itu ada surprise besday dari hubby (Ain yang jadi besday plannernya). Kemudian terus balik rumah ambil Aqil untuk ke sekolah. Memang penat rasa, kalau hubby ada mesti semua senang. Takpa la aku terpaksa berkorban untuk kebahagian kami bersama. Yaya biase lah nak mengikut sama. Dalam kete Yaya duduk tak diam... masa aku break kete... Yaya terantuk... nasib baik Yaya nangis kejap je. Jalan memang jam masa nak ke sekolah Aqil tu. Kami sampai lewat iaitu dalam pukul 1.20 petang. Takpa hari mula2 cikgu tak marah lagi. Aqil ceria dan bersemangat nak ke sekolah. Aqil masuk kelas 2 Cekal. Aku hantar Aqil, tunggu kejap dan kemudian balik rumah. Aku half day hari ni. Masa rehat aku datang balik tengok keadaan Aqil macam mana... aku tunggu sampai jam 5 lebih kurang. Aqil nampak ok dan suka.
No comments:
Post a Comment