Selepas belek2 punya belek mencari resepi apa nak masak hari ini akhirnya Zie terjumpa satu blog yang sangat menarik perhatian Zie. Suka sangat tengok masakan2 beliau semuanya nampak sedap dan satu lagi yang Zie suka sangat cara beliau mendeco makanan tersebut... nampak menarik, cara persembahan beliau seperti gambar2 masakan dalam majalah2 masakan yang memang nampak hebat... dan satu lagi yang Zie suka jugak ialah pinggan-mangkuk yang beliau guna, semuanya idaman kalbu tu (ada yang Zie dah ada dan banyak lagi yang belum dapat dimiliki, InsyaAllah ada rezeki akan dapat la yer...). Satu lagi yang Zie suka (berapa kali satu ni... takpa la, harap2 pembaca blog ni faham la yer... maksudnya semua yang beliau miliki, itu jugak menjadi idaman atau impian Zie) iaitu dapur idaman... memang cantik dapur beliau, kalau lah Zie dapat dapur macam tu, jawabnya makin rajin lah dok di dapur... sebab bersemangat nak masak hehehe... Selain dari itu Zie jugak suka beliau sebab rajin mendeco rumah beliau... memang ada kelas la rumah beliau cantikkk... Zie pun suka mendeco rumah tapi time rajin je (ikut mood), harap2nya lepas ni Zie makin bertambah rajin lah. Boleh dikatakan semua pasal beliau Zie suka.
Percubaan pertama resepi beliau... talam cendol, sedap sangat tapi rupa talam cendol Zie tak secantik talam cendol beliau, kena banyak belajar lagi ni.
Lepas baca beberapa N3 beliau, Zie dapati beliau seorang yang tidak kedekut ilmu, setiap perinci diajarnya. Dengan ini akan memudahkan sesiapa aje yang ingin belajar memasak dan bagi yang dah mahir akan lebih pandai la memasak. Sesiapa sahaja yang baca blog beliau lepas ini takde lagi alasan tak pandai memasak... semua diajarnya. Zie rasa teruja sangat dan membakar semangat Zie untuk lebih rajin memasak. Mulai hari ni beliau akan menjadi idola Zie, suka baca blog beliau dan tengok resepi2 masakan beliau yang semuanya nampak cantik, menarik dan sudah semesti sedap. Boleh dikatakan tiap2 hari Zie bukak blog beliau, sapa lagi kalau bukan pemilik blog ini AZLITA AZIZ.
Terima kasih banyak2 sebab mewujudkan blog yang sangat menarik ini (Siap berangan satu hari nak berjumpa dengan pemilik blog ini... InsyaAllah kalau ada rezeki). Zie semakin jatuh cinta untuk masak-memasak.
No comments:
Post a Comment