Hari ni majlis kesyukuran dan besday anak Surah yang bongsu diadakan... ramai jugak tetamu yang hadir. Alhamdulillah cuaca pun elok, jadi boleh lah makan dibackyard je... senang semua pakat makan dan berkumpul di sini. Untungnya kat sini kalau ada rumah yang backyardnya besar sebab senang kalau ada apa2 aktiviti termasuk aktiviti makan2 macam ni. Kalau semua yang hadir nak dok dalam rumah... jawabnya pecah lah rumah sebabnya rumah2 di Adelaide ni comey2 belaka (maksudnya kecik2). Awal2 pagi lagi Zie dan jiran2 terdekat Surah datang membantunya... ala2 gotong-royong macam kenduri-kendara di Malaysia tu. Tak pernah2 lagi member2 lain buat macam ni... syok jugak dapat kerjasama macam ni.
Surah busy dengan study dan anak keciknya Zaim. jadi nak masak pun Surah tak daya, sebab kena sediakan makanan yang banyak sesuai dengan tetamu yang dijemput beratus orang jugak. Kami diberi tanggungjawab masing2 untuk sediakan makanan untuk majlis ni. Zie dipertanggungjawabkan membuat dessert.
Satu lagi permintaan oleh tuan rumah ialah cheesecake... cheesecake ni pun tak semua yang dapat rasa sebab yang ada pun secoet je... masing2 dapat makan sikit je... tak sempat lekat celah gigi pun. Takpa next time Zie buat lagi...
Juadah utama majlis Surah ni ialah nasi kabshah... Najwa dipertanggungjawabkan masak nasi kabshah ni. Memang sedap sangat... semua pakat puji nasi ni sedap dan ada yang siap mintak resepi. Lepas ni tersohorlah nasi kabshah Najwa ni.
Gina pulak sediakan roti jala... memang terro Gina menjala, seawal 4 pagi Gina bangun untuk siapkan 5kg tepung untuk membuat roti jala ni. Kak Shidah dan Izzah ditugaskan membuat lontong. Dengan adanya pembahagian tugas macam ni dapatlah meringankan keje Surah... lagi pun tetamunya memang ramai.
Inilah Surah... Alhamdulillah akhirnya majlis Surah ni berjalan lancar dan meriah. Berbaloi dengan penat lelah dan susah payah sebelum ini.
Yang baju Melayu biru ni husband Surah... namanya Shibi. kiranya mereka ni antara Jiran terdekat kami. Shibi tersenyum lebar sebab makanannya cukup dan majlisnya berjalan lancar. Bukan main risau lagi dia kalau makanan tak cukup... kejap2 masuk dapur cek makanan.
Ini Kelly teacher Amalia dan Zakuan,, anak Surah... dia pun datang sama untuk memeriahkan majlis ini.
Acara kemuncak ialah majlis potong kek besday Zaim... bukan main hepi anak2 ni termasuk lah Amalia dan Aqil. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semua hepi dapat makan2 sambil borak2... Zie sekeluarga pun tumpang hepi dengan kejayaan majlis Surah ni, Jadi lepas ni turn sapa pulak nak buat kenduri kenduri macam ni...
No comments:
Post a Comment