11 September 2011

Malaysian Carnival 2011

Hari ini kami ke Malaysian Carnival yang di adakan di Victoria Square. Malaysian Carnival ini merupaka acara tahunan bagi persatuan pelajar di Adelaide ni. Rasanya tahun ni tak banyak perbezaan dengan tahun lepas... lebih kurang je dari segi gerai yang menjual makanan, persembahan dan suasana.

Para VIP

Antara persembahan yang diadakan... lebih kurang macam tahun lepas. Banyak lagi persembahan seperti tarian Cina, India, persembahan silat, dikir barat dan macam2 lagi, malas nak tepek pic kat sini... Zie tak tengok pun semua persembahan ni, tak minat sangat benda2 macam ni.

Tujuan utama ke karnival ini ialah nak membeli makanan Asia. Macam2 ada semuanya macam sedap2 je. Tapi Zie berminat nak beli laksa utara je sebab susah nak buat (susah nak dapat ikan yang sesuai untuk buat kuah laksa). Macam makanan lain Zie boleh buat sendiri je kalau nak makan. Rasa tak berbaloi nak beli mahal sangat... Tahun ni kami datang agak awal, jadi dapat lah membeli makanan... lagi pun tahun ni orang tak berapa ramai compare dengan tahun lepas, maybe sebab hujan kot.

Amalia nampak je ada gerai yang menjual gula2 kapas ni, terus dia nak... memang dah lama dia teringin tapi kami taknak belikan sebab takut dia sakit gigi. Tup... tup... hari ni ada pulak yang menjualnya, memang rezeki Amalia la nampaknya.

Pandai ke nak main congkak ni?

Aqil macam minat je...

Aqil dok tengok cara mengayam ketupat...

Antara program yang Zie nak tengok sangat ialah pertunjukkan masakan oleh Chef Wan... first time tengok Chef Wan secara life.

Khusyuk je Zie masa ni... memang minat bab masak-memasak ni, tambah2 lagi kalau tengok masakan oleh Chef terkenal ni.

Sempat bergambar dengan Chef Wan.

Sebelum balik kami singgah di Rundle Mall kejap... saje jalan2 dan makan2, dah lama rasanya tak ke sini. Penuh aktiviti kami hari ni... balik rumah memang penat sangat, semuanya tumbang (tido) awal malam ni.

No comments:

Post a Comment