13 September 2011

Raya 6

Alhamdulillah Zie dan hubby dah berjaya melaksanakan puase 6. Bagi meraikan Raya 6 ni Zie masak simple2 je. Tak macam last year kami siap buat open house secara kecil2an (jemput jiran2 terdekat aje). Kebetulan tahun ni jatuh hari orang busy ke Uni. dan anak2 ke sekolah, jadi masak untuk makan kami 4 beranak aje lah... masak apa nak tahu? masak kek lapis kukus masam manis, rendang dan ketupat je.

Zie memang suka rendang tok... hari tu masa beraya di rumah Lis ada dia hidangkan rendang tok ni, tapi Zie tak jamah pun sebab perut kenyang sangat masa tu. Jadi disebabkan teringin nak makan Zie buat lah sendiri untuk Raya 6 ni. Biasenya Zie buat rendang cara lain... resepi ma, yang ni memang tak dinafikan lah memang sedap (betul lah orang cakap, banyak2 masakan, masakan ibu lah yang paling sedap). Hari ni nak ubah selera pulak. Resepi rendang tok ni ada banyak jenis dan cara, Zie pilih resepi yang mudah2 je... maksud mudah tu bukan sebabnya Zie ni malas tapi masak ikut bahan yang ada di dapur aje (ada setengah bahan takde... kehabisan). Boleh tahan jugak resepi ni... nampak gayanya hubby dan anak2 memang suka makan, tak sempat tunggu hari ni, malam tadi setiap orang dah makan sepinggan. Resepi rendang tok akan dimasukkan dalam N3 seterusnya.

Kek lapis kukus masam manis (tiba2 teringat blog Kak Ita) ni Zie buat petang semalam... cadangnya nak buat masa raya hari tu tapi masa tu tak cukup tangan, banyak benda yang nak kena buat. Biskutnya memang dah lama dikisar (masa bulan puase lagi ), tapi semalam baru terbuat. Bukannya apa... nak buat kek ni makan masa sebab nak buat satu layer satu layer tu... mood pun kena rajin kalau nak buat kek lapis2 macam ni. Tapi semalam mood rajin sikit je tengok lah kek masam manis Zie ni layernya tak sama lah, ada yang nipis, ada yang tebal... lantak lah yang penting rasanya mengusik kalbu, sedap lah tu maksudnya. Masa muda2 dulu memang rajin buat kek ni sebab Zie and famili di kampung memang suka makan kek ni, sebabnya tak muak. Tapi sejak dua mejak busy dok layan anak2 takde masa nak buat kek berlapis2 ni... main tunjuk2 je kat kedai. Tapi ayat biase... "dok kat sini apa aje teringin nak makan kena buat sendiri". Maka semalam Zie terbuat lah kek lapis masam manis ni... Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya, Resepi kek ni very simple nanti Zie updatekan dalam N3 selepas ini.... fuhhh... panjang berjela kisah kek lapis masam manis ni, letih lah pulak rasa, nak tarik nafas jap. Jadi hari ini kami sekeluarga menikmati hidangan yang sempoi ini. Semua dah licin (habis dimakan oleh kami empat beranak), Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment