23 September 2011

Persiapan kenduri Surah


Sekali-sekala buat makan, macam nak buat kenduri kawin pulak di rumah Surah ni. Surah dan Shibi ni antara jiran paling dekat dan rapat dengan kami. Seminggu sebelum majlis siap ada meeting... memang macam nak buat kenduri2 kawin di kampung tu. Bukannya apa Surah tak biase buat makan untuk panggil orang seramai 50 buah famili yang sudah semestinya perlu menyediakan makanan yang banyak. Lagi satu Surah busy dengan study dan anak2. Bagi meringankan keje Surah dan Shibi meminta bantuan kawan2 terdekat untuk membantu mereka. Sehari sebelum majlis siap ada gotong-royong untuk buat apa2 yang patut. Sambil buat keje ada makan2... Zie buat pulut kuning untuk dimakan bersama rendang yang dibuat oleh Surah dan Gina. Selain dari tu banyak lagi makanan lain.

Tengok kepada barang2 ni memang macam orang nak buat kenduri sungguh... rasanya tak pernah lagi orang lain di Adelaide buat macam ni. Bayangkan beras sebanyak 10 kg dan ayam sebanyak 40kg akan dimasak untuk kenduri esok.

Kaum bapa ditugaskan memotong dan membersihkan ayam sebanyak 40kg ni.

Nampak gayanya ada yang tak biase memotong ayam terpaksa memotong ayam hari ni. Apa salahnya kan time macam ni lah nak tunjuk bakat dan kerjasama. Takan nak tengok aje kan... nanti apa pulak kata yang lain. Buat je lah macam mana pun asalkan ayam tu terpotong.

Kaum ibu pulak buat keje2 di dapur... tak banyak keje pun just kupas bawang dan kentang. Sambil mengupas dan blend bawang bolehlah bersembang dan bergosip, Najwa siap cakap macam mak2 dan makcik2 di kampung je, sambil buat keje sambil bergosip. Sekali-sekala buat macam ni best jugak... boleh menambahkan keakraban antara jiran tertangga.

Anak2 pulak dengan aktiviti mereka. Untungnya rumah Surah ni backyardnya luas, boleh lah anak2 bermain kat sini dan tak menganggu mak ayah nak buat keje. Harap2 majlis Surah berjalan lancar esok... semoga nazar Surah nak buat kenduri ni mendapat keberkatan. Ye la selama ni Surah dah bersusah-payah melaksanakan keje2 peringkat awal untuk PhDnya sudah semestinya kejayaan dan kegembiraan ini akan dikongsi bersama kawan2 di sini. Esok kite cite pasal kenduri pulak yer....

No comments:

Post a Comment