Lain yang dicari lain pulak yang dapat masa pergi GS 2 minggu lepas. Masa mula2 sampai di GS ni kami tengok banyak sangat pakaian baby dan barang2 IKEA. Tak banyak barang yang kami beli sebabnya Zie tak berkenan sangat... kalau orang yang suka barang2 IKEA mesti best ke GS ni. Masa kami sedang tengok2 barang ada satu bakul berisi limau mandarin dan ada note 'take some its free'... sebelum balik kami ambil la sorang sebiji, Amalia dan Aqil try makan... macam manis dan sedap je... Zie beritahu hubby supaya beli aje limau tu sebab Aqil dan Amalia memang suka dan selalu bawak ke sekolah. Tapi tuan GS tu taknak jual, dia cakap ambik je banyak mana yang kite suka, siap suruh kami ambik kat pokok lagi. Memandangkan Aqil dan Amalia suka makan limau ni jadi kami ambik je lah... dah orang nak bagi. Hubby berkeras nak bagi duit tapi dia taknak. Satu lagi nak beli kat kedai memang dah takde jual limau jenis ni...
Satu beg plastik kami bawak balik. Tuan GS tu siap suruh datang lagi sebelum dia berpindah next week. Siap boleh syer dengan kawan2 lagi.
Bila tiba harinya kami datang lagi... kali ni tuan GS ni siap bagi tangga lagi dan suruh ambik banyak2.
Akhirnya tercapai jugak hajat Zie nak petik limau kat sini. Sebelum ni geram je tengok rumah2 orang oz yang ada pokok limau dan lemon. Mereka memang tak makan kot... biar macam tu aje.
4 bag kami ambik... ini pun ambik setakat yang boleh je... kalau ikutkan tuan rumah ni suruh ambik lagi, tapi kami segan lah nak ambik banyak2 sangat. Terima kasih kepada tuan limau ni sebab bagi kami buah limau yang banyak ni... siap boleh bahagi2 dengan kengkawan terdekat lagi. Kiranya ini satu pengalaman indah jugak ni, susah nak dapat...
No comments:
Post a Comment